Perolehan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT)

Apakah EBIT?

EBIT adalah satu ukuran keuntungan sesebuah syarikat yang mewakili satu pendapatan sebelum cukai dan penolakan perbelanjaan faedah. EBIT adalah satu ukuran penting untuk kecekapan operasi kerana ia membenarkan untuk menganalisa prestasi syarikat pada operasi utamanya tanpa kos dari struktur modal dan perbelanjaan faedah memberikan kesan kepada keuntungan. EBIT juga dikenali sebagai Pendapatan kendalian, kerana kedua-dua penunjuk tidak memasukkan perbelanjaan faedah dan cukai daripada pengiraanya. Walaubagaimanapun, bukan selalunya kendalian pendapatan adalah bersamaan dengan EBIT. Perbezaan utama di antara EBIT dan Pendapatan kendalian adalah EBIT termasuk pendapatan bukan kendalian, perbelanjaan bukan kendalian, dan pendapatan lain. Jika sesebuah syarikat dikelaskan sebagai satu Insurans atau Bank, EBIT tidak akan tersedia kerana metodologi pengiraanya. Syarikat-syarikat ini tidak akan mempunyai Kos barangan dijual, jualan, dan perbelanjaan am & pentadbiran, yang mana digunakan di dalam pengiraan.

Bagaimanakah EBIT dikira?

EBIT adalah dikira dengan menolak Kos barangan dijual, Jualan, dan perbelanjaan am & pentadbiran dan Perbelanjaan kendalian lain dari Jumlah hasil.

Apakah maksud EBIT?

Ciri yang membezakan EBIT adalah ia membantu mengenalpasti keupayaan sesebuah syarikat untuk menjana pendapatan secukupnya untuk membayar hutang, membiayai kendalian operasi dan mendapat untung. EBIT adalah berguna untuk pelabur-pelabur yang membandingkan syarikat-syarikat dari negara-negara berbeza dengan perundangan cukai yang berbeza. EBIT juga berguna untuk menganalisa syarikat-syarikat di dalam industri-industri intensif modal yang selalunya mempunyai satu jumlah hutang yang besar untuk mengekalkan aset-aset mereka, dan hutang mereka mungkin sangat berbeza di antara satu sama lain. EBIT membenarkan menganalisa prestasi kendalian dan potensi keuntungan syarikat apabila dikeluarkan kesan hutang daripada analisis.