Bagaimana untuk segerakkan Julat Harga pada pelbagai carta
Ciri penyegarakan julat tarikh adalah tersedia dalam mod pelbagai carta. Ini merupakan cara yang lebih mudah untuk menganalisa pergerakan harga untuk sesebuah instrumen (atau beberapa instrumen) pada selang masa berbeza.
Untuk menggunakan ciri ini, hanya lakukan ini:
- Buka pelbagai carta pada satu tetingkap dengan menggunakan menu Pilih Susun Atur
- Aktifkan pilihan “Julat tarikh” di dalam bahagian “Segerakkan Susun Atur”
Sekarang, menatal dan menukar julat tarikh yang ada pada salah satu carta akan menyegerakkan semua carta-carta lain di dalam tetingkap ini.