Carta bar: apa yang anda perlu tahu dan bagaimana menggunakannya


Carta bar adalah salah satu daripada jenis carta paling banyak digunakan bersama-sama carta garis dan candlestick. Ia digunakan secara meluas dalam industri disebabkan kesederhaan dan kejelasannya. Ia memberikan pedagang pemvisualan jelas untuk harga buka, tutup, tinggi dan rendah sepanjang satu rangka masa tertentu, membantu mereka mengenalpasti dengan mudah tingkatan-tingkatan utama ini.

Setiap bar mengandungi garis menegak, yang selalunya dirujuk sebagai "julat": ia mewakili julat harga satu aset, dengan puncak menunjukkan harga tertinggi yang mana satu dagangan terjadi dan pada bahagian bawah menunjukkan harga terendah.

Garis mendatar ke kiri dan kanan garis menegak mewakili harga buka dan tutup. Ini selalunya ditentukan menerusi bidaan, yang selalunya digunakan oleg bursa-bursa utama.

Mengaktifkan jenis carta

Sebaik sahaja anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta pada bahagian atas bar alat dan pilih Bar.

Tetapan

Untuk menggunakan sepenuhnya carta bar, anda boleh mensesuaikannya bergantung kepada kegemaran dan keperluan anda. Untuk melakukan itu, pilih Tetapan pada bar alat atas dan pergi ke tab Simbol.

Bahagian pertama, Bar, menyenaraikan tetapan yang khusus kepada jenis carta:

  1. Warna bar berdasarkan tutup sebelum (previous close). Dengan tetapan ini diaktifkan, warna setiap bar akan ditentukan menerusi sama ada harga tutupnya lebih tinggi (hijau) atau lebih rendah (merah) daripada harga tutup bar sebelumnya, dan bukannya harga buka dan tutup bar sendiri.
  2. Bar HLC. Pilihan ini menyahaktifkan harga buka "foot," jadi hanya harga tinggi, rendah dan tutup dipaparkan.
  3. Warna naik / Warna turun. Warna bar naik dan turun (up and down bar) boleh ditetapkan berdasarkan kepada kegemaran anda. Skema warna lalai adalah hijau untuk pergerakan menaik (menunjukkan bahawa harga tutup untuk bar semasa adalah lebih tinggi daripada harga bukanya) dan merah untuk pergerakan menurun (menunjukkan bahawa harga tutup untuk bar semasa adalah lebih rendah daripada harga bukanya).
  4. Bar nipis. Membenarkan anda melaraskan ketebalan bar untuk kebolehlihatan lebih baik.