Memahami carta bar

Carta bar adalah salah satu daripada jenis carta paling banyak digunakan bersama-sama carta garis dan candlestick. Ia digunakan secara meluas dalam industri disebabkan kesederhaan dan kejelasannya. Ia memberikan pedagang pemvisualan jelas untuk harga buka, tutup, tinggi dan rendah sepanjang satu rangka masa tertentu, membantu mereka mengenalpasti dengan mudah tingkatan-tingkatan utama ini.

KANDUNGAN:

Apakah carta bar

Setiap bar mengandungi garis menegak, yang selalunya dirujuk sebagai julat: ia mewakili julat harga satu aset, dengan puncak menunjukkan harga tertinggi yang mana satu dagangan terjadi dan pada bahagian bawah menunjukkan harga terendah.

Garis mendatar ke kiri dan kanan garis menegak mewakili harga buka dan tutup. Ini selalunya ditentukan menerusi bidaan, yang selalunya digunakan oleh bursa-bursa utama.

Bar selalunya diwarnakan untuk memberikan satu lapis tambahan maklumat: bar hijau menunjukkan pergerakan ke atas dan bar merah menunjukkan pergerakan ke bawah.

Bar dan lilin

Bersama-sama candlestick, bar adalah jenis carta asas yang digunakan oleh ramai pedagang. Walaupun kedua-dua jenis carta memaparkan maklumat harga yang sama, setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Bar

  • Bar adalah sama seperti candlestick yang mana kedua-duanya memaparkan harga buka, tinggi, rendah dan tutup. Akan tetapi, bar boleh dikonfigurasikan untuk memaparkan hanya HLC dan mengabaikan harga buka kerana ada pedagang menganggapnya tidak penting
  • Bar mengambil ruangan yang kurang pada carta dan boleh menjadi lebih sesuai untuk digunakan dengan penunjuk dan alatan lukisan ditindan
  • Disebabkan struktur mereka — dengan badan yang termasuk harga tinggi dan rendah — carta bar mungkin kelihatan lebih sesuai untuk pedagang yang memfokuskan kepada harga ekstrem daripada harga buka dan tutup

Lilin

  • Sangat intuitif dan menarik secara visual untuk memaparkan setiap tahap harga — harga buka, tinggi, rendah dan tutup. Berlainan dengan bar, badan mereka termasuk harga buka dan tutup, jadi mereka mungkin tidak sesuai dengan strategi yang menggunakan perubahan harga mendadak
  • Lilin — terutamanya disebabkan banyak corak candlestick — boleh menjadi agak kompleks untuk yang baru bermula
  • Candlestick mengambil lebih masa untuk dipelajari. Apabila penganalisa teknikal menggunakan corak carta, lukisan dan penunjuk, mereka mungkin kadang-kala bercanggah sesama sendiri. Semua alatan ini boleh mencipta lebih banyak ketidakpastian dan menghalang daripada kejelasan dan ketepatan

Mengaktifkan jenis carta

Sebaik sahaja anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta pada bahagian atas bar alat dan pilih "Bar."

Tetapan

Untuk menggunakan sepenuhnya carta bar, anda boleh mensesuaikannya bergantung kepada kegemaran dan keperluan anda. Untuk melakukan itu, cari butang "Tetapan" gear pada alat bar atas dan pergi ke tab "Simbol".

Bahagian pertama, "Bar," menyenaraikan tetapan khusus kepada jenis carta ini:

  1. Warna bar berdasarkan kepada tutup sebelum: Dengan tetapan ini diaktifkan, warna setiap bar akan ditentukan oleh sama ada harga tutupnya lebih tinggi (hijau) atau lebih rendah (merah) daripada harga tutup bar sebelum, dan bukannya daripada harga buka dan tutup bar
  2. Bar HLC: Pilihan ini menyahaktifkan harga buka "kaki," jadi hanya harga tinggi, rendah dan tutup ditunjukkan
  3. Warna naik / Warna turun: Warna bar naik dan turun boleh ditetapkan mengikut kegemaran anda. Skema warna lalai adalah hijau untuk pergerakan ke atas (menunjukkan bahawa harga tutup untuk bar semasa adalah lebih tinggi daripada harga bukanya) dan merah untuk pergerakan ke bawah (menunjukkan harga tutup adalah lebih rendah dari harga buka)
  4. Bar nipis: Membenarkan anda melaraskan ketebalan bar untuk kebolehlihatan lebih baik

Kesimpulan carta bar

Bar adalah mudah dan komprehensif. Ia adalah salah satu daripada jenis carta yang paling banyak digunakan. Mereka mewakili harga tinggi, rendah, tutup dan open untuk aset dan boleh digunakan dengan kedua-dua corak carta dan candlestick.

Ia sesuai dengan mana-mana pedagang — dari yang baru bermula hingga yang berpengalaman dan akan terus berevolusi apabila idea dagangan baharu muncul.

Juga baca: