Mengapakah akaun saya diharamkan kerana aktiviti mencurigakan?

Jika anda melihat mesej "Kami mendapati adanya beberapa aktiviti mencurigakan pada akaun anda, jadi kami terpaksa mengharamkannya" pada carta anda, ini bermaksud akaun anda diharamkan kerana kami mengesan aktiviti mencurigakan yang melanggar peraturan ke 3 pada Terma Penggunaaan, Dasar dan Penafian:


"TradingView berdedikasi untuk membekalkan pengguna dengan satu platform yang selamat dan mudah diakses untuk paparan data pasaran, carta, berita dan maklumat kewangan lain. Disebabkan ini, pengguna dilarang sama sekali untuk menggunakan apa-apa kaedah pengumpulan data secara automatik, termasuk tetapi tidak terhad kepada skrip, API, pengikisan skrin, perlombongan data, robot atau alat pengumpulan dan pengeluaran data lain, tanpa mengira tujuan asal. Penggunaan mana-mana teknologi untuk memintas mekanisma perlindungan yang direkabentuk untuk menghalang pengeluaran semula atau pengedaran kandungan TradingView yang tidak mendapat kebenaran adalah dilarang sama sekali."

Sila ambil maklum bahawa penggunaan mana-mana alatan perlombongan/pengekstrakan data, apa-apa jenis automasi dan pengoptimuman melalui perisian luaran, alatan, skrip, bot dan sambungan adalah tidak dibenarkan. Semua ciri-ciri kami adalah untuk kegunaan manual sahaja.

Beberapa pelanggaran untuk kali pertama akan membawa kepada satu pengharaman sementara (jangka masa pengharaman adalah mungkin berbeza). Akhirnya, pelanggaran berterusan akan membawa kepada satu pengharaman kekal.

Sila ambil maklum bahawa pengharaman ini memberi kesan kepada semua ciri-ciri pencartaan untuk akaun berkenaan.