Jurang
Definisi
Satu jurang adalah satu kawasan pada carta di mana harga di antara dua bar bertukar dengan ketara tanpa adanya dagangan berlaku di antara mereka. Jurang sebegini terjadi apabila ada satu perubahan kuat dalam sentimen terjadi semasa jam-jam di mana pasaran selalunya ditutup. Penunjuk ini menyorotkan jurang-jurang ini pada carta dan memanjangkan mereka lagi sehinggalah mereka ditutup (cth., apabila satu bar lebih baru telah merentasi jurang itu).
Jurang-jurang ini ditunjukkan oleh penunjuk mempunyai dua variasa utama: jika rendah bar terkini adalah lebih besar daripada tinggi bar sebelum ini, itu adalah Jurang Naik dan ia akan diwarnakan hijau secara lalai. Jika tinggi bar terkini adalah lebih rendah dari rendah sebelum ini, jurang sebegini (Jurang Turun) akan diwarnakan merah secara lalai. Jika tiada jurang yang menepati tetapan yang ditentukan pada simbol terkini, satu mesej sepadan akan dipaparkan.
Secara lalai, penunjuk menapis jurang-jurang berdasarkan kepada kelebaran merakan dan hanya memaparkan jurang-jurang apabila mereka lebar paling kurang 30% seperti julat bar purata (tinggi - rendah) untuk bar 14 terakhir. % sisihan boleh diubah pada bahagian Input.
Secara tambahan, penunjuk memanjangkan jurang tanpa had, sehingga mereka diliputi oleh pergerakan harga baru. Ini boleh juga ditukar pada tetapan dengan mengaktifkan had Panjang Jejak Jurang Maksimum. Apabila didayakan, jurang-jurang akan ditutup jika mereka melepasi bilangan bar tertentu (300 secara lalai).
Ringkasan
Gap menunjukkan tempoh-tempoh di mana adanya satu perubahan mendadak pada harga semasa tempoh di mana pertukaran tidak aktif. Maklumat ini boleh digunakan oleh pedagang-pedagang untuk mendapatkan keuntungan daripada keadaan semasa perubahan harga secara tiba-tiba.
Input
Tutup Sebahagian Jurang (Close Gaps Partially)
Mengubah logik berdasarkan kepada jurang yang ditutup. Secara lalai, tetapan ini dinyahaktif dan satu jurang ditutup sepenuhnya sebaik sahaja satu bar memasukinya, walaupun bar itu hanya menyentuh sedikit bahagian jurang. Apabila tetapan diaktifkan, setiap kali satu bar memasuki zon jurang tetapi tidak menutup sepenuhnya, jurang menutup sebahagian dan bahagian yang tidak ditutup oleh pergerakan harga adalah dipanjangkang lagi (dan boleh ditutup oleh bar akan datang).
Pada tangkap layar di bawah, carta atas menunjukkan Jurang dengan Tutup Sebahagian Jurang dinyahaktifkan. Jurang turun besar yang bermula pada awal Februari ditutup hampir sepenuhnya kerana bahagian bawah adalah ditutup sedikit dengan satu bar berikut. Sebaliknya, pada carta bahagian bawah, di mana Tutup Sebahagian Jurang diaktifkan, hanya sebahagian kecil pada bahagian bawah jurang ditutup dan sebahagian besar yang tidak ditutup dipanjangkan ke kanan, dan ia akhirnya ditutup dengan pergerakan harga selepasnya In contrast, on the bottom chart, where the Close Gaps Partially setting is turned on, only the small part on the bottom of the gap is closed, and the big uncovered part is extended further right, and is then eventually closed by future price action.
.
Bilangan Maksimum JurangMenghadkan bilangan maksimum jurang-jurang yang dipaparkan.
Sisihan Minimum (%)
Menetapkan saiz minimum jurang-jurang yang dikesan sebagai satu peratusan julat purata untuk tinggi dan rendah sepanjang 14 bar terakhir. cth., jika tetapan ini ditetapkan pada 30, satu jurang akan diperlukan menjadi paling kurang 30% tinggi seperti julat untuk lilin purata untuk disorot oleh penunjuk.
Had Panjang Jejak Jurang Maksimum (Limit Max Gap Trail Length) - (bar)
Jika benar, menetapkan panjang maksimum jurang-jurang dari permulaan mereka (bucu kiri) di dalam bar. Jurang-jurang yang melebihi panjang ditentukan akan dipotong.