Apakah cara terbaik untuk mencipta satu tiket?

1. Saya mempunyai satu isu log masuk. 

Sila cuba cipta satu tiket dari tab yang sama tanpa menyegarkan laman sebaik sahaja cubaan log masuk gagal. 

Dalam keadaan tiket dibuka dari peranti/tab lain atau selepas laman telah dimuatkan semula, kami tidak dapat menerima akses kepada data teknikal yang perlu.

2. Saya menghadapi isu dengan pesanan/posisi saya. 

Anda juga perlu membuka satu tiket dari tab yang sama di mana isu ini terjadi tanpa menyegarkannya semula. Beritahu kami ID pesanan dan setuju untuk menghantar log dagangan. 

3. Patutkah saya set semula akaun Dagangan Kertas selepas menghantar tiket? 

Dalam keadaan akaun Dagangan Kertas diset semula, kami juga akan kehilangan akses kepada maklumat akaun anda jadi sila pastikan anda tidak set semula ia sehingga penyiasatan selesai. 

4. Saya sudah pun mencipta satu tiket dan sekarang satu isu baru pula timbul. Patutkah saya membuka satu yang baru lagi? 

Ya, jika isu lain terjadi, adalah lebih baik untuk membuka satu tiket baru, dalam kes ini kami dapat menerima akses kepada maklumat teknikal yang telah dikemaskini. 

5. Bagaimanakah saya boleh menghantar video? 

Fail video tidak boleh dipautkan secara terus kepada tiket. Akan tetapi anda boleh memuat naikkannya kepada mana-mana Cloud Service→ benarkan akses→ hantar kami pautan.