Bagaimana untuk berdagang pada data sejarah?
Dalam mod Ulangan Bar, berdagang pada data sejarah adalah tersedia. Ini ialah satu mod dagangan berasingan daripada Dagangan Kertas. Data pada dagangan, keputusan keseluruhan adalah tersedia hanya pada sesi itu sendiri, mereka tidak disimpan di tempat lain.
Untuk bermula, hanyak klik pada Ulang Semula Dagangan dan lancarkan Ulangan Bar.
Sebelum menekan butang Main, anda juga boleh mengkonfigurasikan modal awal, mata wang asas dan saiz komisyen dalam menu yang sesuai dalam panel Ulang Semula Dagangan. Tetapan ini akan memberikan kesan kepada sesi dagangan anda, jadi tetapkan mereka bergantung kepada keperluan anda adalah penting.
Berdagang pada data sejarah adalah tersedia serta-merta selepas memilih titik permulaan. Anda hanya boleh membuka pesanan pasaran dengan pelaksanaan pada harga semasa pada carta. Pilihan bilangan posisi untuk dibuka adalah tersedia dan mempunyai nilai lalai 1 unit untuk semua jenis simbol kecuali Forex. Untuk mereka, nilai lalai adalah 1000 unit.
Apabila membeli satu posisi dalam carta, pelaksaan juga dipaparkan sebagai anak panah dengan data pada kuantiti dan harga posisi.
Klik butang Ratakan pada panel simulasi pasaran untuk menutup posisi carta. Butang Ratakan adalah aktif apabila ada posisi buka pada carta dan tidak aktif sekiranya tiada posisi.
Anda juga boleh berinteraksi dengan satu posisi pada carta. Dengan menarik dan menjatuhkan elemen TP/SL pada carta, anda boleh menetapkan pesanan pendakap (bracket order) untuk melindungi kedudukan anda. Posisi boleh ditutup menerusi butang silang atau menerusi menu konteks. Posisi balikan boleh dilakukan menerusi butang balikan posisi atau menerusi menu konteks.Di dalam posisi, carta menunjukkan untung/rugi tidak terealisasi dan panel simulasi pasaran menunjukkan untung/rugi terealisasi. Mata wang untuk untung/rugi adalah bersamaan dengan mata wang simbol.Untuk statistik dagangan tambahan, anda boleh memeriksa tab Pandangan Keseluruhan, Kesimpulan Prestasi dan Senarai Dagangan dalam panel Ulang Semula Dagangan. Kesimpulan Prestasi dan Senarai Dagangan juga boleh dieksport untuk analisis lebih lanjut atau penyimpanan rekod.
Selepas pengakhiran ulangan semula, jika paling kurang satu dagangan dilakukan, satu menu timbul akan keluar dengan hasil dagangan dalam sesi ini.