Memilih jenis data dalam tetapan broker
Untuk menambahbaik pengalaman dagangan dengan Info Yatirim di TradingView, anda diberikan satu peluang untuk memilih untuk menerima data masa nyata BIST_MIXED dengan percuma.
Anda boleh mengaktifkan/nyakaktifkan data masa nyata BIST_MIXED di menu broker. TradingView membekalkan data masa nyata bursa BIST untuk pengguna-pengguna integrasi broker ini, akan tetapi, data ini tidak mengandungi volum.
Menyahaktifkan penggunaan data masa nyata BIST_MIXED akan mengakibatkan anda menerima data BIST dengan data tertunda 15 minit, yang mengandungi volum.
Sila ambil maklum bahawa tiada masalah sekiranya anda sudah membeli langganan kepada data BIST berbayar.