Corak Carta Bebaji Menurun
Sila ambil maklum bahawa maklumat mengenai sasaran harga yang dijangka yang diberikan oleh Corak Carta Automatik bukanlah satu cadangan untuk apa yang anda perlu lakukan secara peribadi. Jangan gunakan data ini sebagai nasihat pelaburan. Ia hanya boleh digunakan sebagai pendidikan dan penyelidikan. Seperti mana-mana dagangan, sentiasa lihat dahulu kemudian lompat.
Satu bebaji menaik adalah satu corak balikan iaitu satu saluran yang cenderung menumpu dan menghadkan pergerakan harga. Garisan-garisan saluran adalah diarahkan ke atas. Ia adalah dijangka bahawa selepas harga memecah garisan lebih tinggi pada bebaji, ia akan menaik lebih tinggi dalam anggaran sama dengan ketinggian asas bebaji.
Penunjuk mencari untuk corak dalam 600 bar terakhir. Corak ini mengandungi garisan-garisan yang menentukan pergerakan harga (Garisan Harga) dan garisan yang membentuk satu bebaji (Bebaji). Titik mula dan akhir untuk setiap garisan harga adalah dalam pangsi 5/5. Pemecahan corak adalah ditetapkan oleh nilai tutup. Persimpangan antara garisan bebaji dengan nilai tutup dalam selang di antara titik 1 dan 4 adalah tidak dibenarkan. Dalam mod Dalam Proses, penunjuk mencari bukan sahaja corak yang terbentuk, tetapi juga corak yang mula berkembang. Dua titik terakhir untuk corak ini mungkin tidak dalam pangsi dan garisan harga akhir akan menjadi bertitik.
Garisan mendatar bertitik yang berakhir dengan label Sasaran menunjukkan tingkatan harga yang dijangka selepas satu corak siap terbentuk. Bila bar-bar baru muncul, garisan akan dipanjangkan ke kanan sehingga bar terakhir, sehinggalah status corak berubah dari Menunggu kepada yang lain. Label panduan alat (tooltip) menunjukkan harga dan status terkini untuk corak. Apabila status berubah, warna label juga berubah. Ada 4 status secara keseluruhannya:
- Menunggu. Bebaji tidak dipecahkan, atau ia telah pecah dan pada masa yang sama, harga tidak turun lebih daripada titik ekstrem pada garisan paling bawah pada bebaji dan masih belum mencapai sasaran.
- Dicapai. Harga memecah keluar menerusi garisan lebih atas bebaji dan mencapai sasaran.
- Gagal. Telah memecah keluar garisan lebih atas, harga tidak mencapai sasaran dan turun lebih rendah dari titik ekstrem pada garisan lebih rendah pada bebaji, atau garisan lebih bawah telah dipecahkan.
- Tidak dapat ditentukan. Penunjuk tidak dapat menentukan status corak.
Jika penunjuk bertemu dua corak yang bersilang, pemilihan akan diberikan kepada yang mempunyai status Menunggu. Jika status corak yang bertemu ialah Gagal atau Dicapai atau status kedua-duanya adalah Menunggu, carta yang lebih besar akan dipaparkan pada carta. Satu corak dengan status Tidak dapat ditentukan akan dipadamkan jika ia bersilang dengan satu corak yang mempunyai status berbeza.
Pemberitahuan:
- Corak Baharu. Tercetus apabila satu corak baharu muncul pada carta. Satu corak dikira baharu sekiranya ia mempunyai kedudukan yang berbeza pada titik 1 atau 3.
- Pecahan Keluar Corak. Ia tercetus apabila satu bar telah menutup di luar bebaji telah muncul. Hanya pecah keluar dalam arah sasaran yang diambil kira. Satu pecah keluar dalam arah bertentangan tidak akan mencetuskan pemberitahuan.
Input
- Corak - Menentukan corak yang mana akan dilukis berdasarkan kepada status. Nilai-nilai mungkin: Semua, Menunggu dan Dicapai, Hanya Menunggu, Menunggu Akhir. Jika Menunggu Akhir dipilih, hanya satu corak dengan status Menunggu akan dipaparkan, titik pertama yang diletakkan di bahagian kanan yang lain.
- Sasaran Harga - Menentukan sasaran harga yang mana akan dilukis berdasarkan kepada status corak. Nilai-nilai mungkin: Semua, Hanya Menunggu, Menunggu dan Dicapai, Tiada.
- Nisbah Lebar Saluran Bermula/Berakhir - Perbezaan ketinggian minimum saluran yang diperlukan pada permulaan dan pengakhiran satu corak. Nilai peratusan.
- Dalam Proses - Mencari corak-corak yang akan berkembang.