Bagaimana untuk mendapatkan bantuan/sokongan pada TradingView?
Berikut adalah panduan mudah untuk anda bagaimana mendapatkan pertolongan di TradingView.
Gambaran keseluruhan:
Jenis isu | Di mana mendapatkan bantuan |
Soalan biasa | |
Anda tidak dapat mencari jawapan untuk soalan anda di dalam Pusat Bantuan atau memerlukan pertolongan yang lebih dengan carta anda, pengebilan, dagangan dll. daripada pasukan bantuan. Petua: perlu diingatkan bahawa anda hendaklah menjadi pelanggan dengan satu pelan berbayar untuk dapat menghubungi pasukan bantuan. Jika anda merupakan seorang pengguna percuma, sila periksa laman ini. | Tiket Bantuan dari carta anda: |
Pertanyaan berkaitan Pine | |
Anda digodam atau kehilangan akses kepada akaun anda. | |
Anda dikenakan bayaran tetapi tidak mengenali pembayaran berkenaan. Petua: Periksa halaman Akaun dan Pengebilan dahulu. |
*Semua borang mengandungi permintaan yang tidak berkaitan dengan tajuk utama akan diabaikan.
**Borang Pemulihan Akaun dan Carian Pembayaran adalah diuruskan oleh agen-agen kami menerusi e-mel sahaja - satu pengecualian apabila pasukan bantuan menghubungi anda bukan melalui Tiket Sokongan. Kami mengesyorkan anda untuk melalukan pemeriksaan peti surat e-mel anda secara berkala dan berkerjasama dengan agen untuk membolehkan kami membantu anda.
Nota: Pasukan sokongan selalunya tidak memberikan bantuan menerusi mesej langsung pada platform, pada media sosial, atau melalui telefon atau e-mel.
Kebanyakan pengguna menerima mesej automatik, invois atau surat berita (newsletter) dari TradingView (sebagai contoh dari hello@email.tradingview.com, atau alamat lain). Sila jangan membalas kepada mereka, kerana alamat-alamat e-mel ini tidak dipantau.
Pautan lain yang berguna:
Tajuk | Di mana mendapatkan bantuan |
Laporkan satu kelemahan (vulnerability) | |
Lebih butiran mengenai Program Rakan Kongsi | |
Lebih butiran mengenai widget | |
Lebih butiran mengenai pengiklanan | Pengiklanan |
Lebih butiran mengenai kerjaya |
Lebih banyak maklumat untuk anda - cuma tatal ke bawah laman web dan cari apa yang anda perlukan di situ.
Peringatan mesra: Sila pastikan anda menerangkan dengan jelas dan tepat apabila menghantar satu permintaan kepada pasukan bantuan dan cuba pilih jenis isu yang tepat untuk masalah anda. Ketahui bahawa kami tidak memberikan jawapan automatik dan juga bantuan sembang langsung, kerana pasukan bantuan kami bukannya robot dan ia akan mengambil masa untuk kami melakukan semakan dan memberikan jawapan yang sesuai. Juga, pasukan bantuan kami tidak selalunya bekerja pada hujung minggu. Kami harap anda memahami.
Selamat berdagang!