Rumusan dividen

Dividen adalah pembayaran dari keuntungan yang dilakukan oleh banyak syarikat kepada pemegang saham mereka. Untuk pelabur saham nilai, yang mencari untuk membeli saham di bawah nilai yang menawarkan pulangan tetap, dividen adalah faktor yang penting untuk diambil kira.

Satu daripada cara biasa digunakan untuk mengukur daya tarikan saham yang membayar dividen adalah dengan melihat kepada hasil dividennya. Hasil dividen (dividend yield), yang dinyatakan dalam peratusan, adalah nisbah kewangan yang menunjukkan jumlah pembayaran syarikat dalam bentuk dividen pada setiap tahun relatif kepada harga sahamnya. Sebagai contoh, jika syarikat membayar $1 dalam dividen tahunan dan harga sahamnya adalah $20, hasil dividen adalah 5%. Ini bermaksud bahawa untuk setiap $100 yang anda laburkan dalam saham ini, anda akan menerima dividen $5.

Akan tetapi, hasil dividen bukanlah satu nombor yang statik. Ia boleh berubah dari masa ke semasa sama ada kepada respon naik turun pasaran atau disebabkan kenaikan atau penurunan dividen oleh syarikat yang mengeluarkannya. Disebabkan itu adalah penting untuk mengambil kira bukan hanya kepada hasil dividen tetapi juga sejarah terdahulu dividen dan kadar pertumbuhan dividen. Syarikat yang mempunyai rekod konsisten pembayaran dan kenaikan dividen mungkin lebih dipercayai dan stabil daripada syarikat yang mempunyai sejarah dividen berubah-ubah. Pengurangan dalam dividen tidak selalunya bermaksud isyarat negatif, kerana ia mungkin menunjukkan keutamaan lain dalam penggunaan dana bebas, sebagai contoh untuk pelaburan dalam R&D, M&A, belian semula saham dll.

Konsep lain yang pelabur nilai perlu fahami adalah nisbah pembayaran atau nisbah pembayaran dividen. Nisbah ini menunjukkan peratusan perolehan syarikat yang dibayar sebagai dividen dari perolehan yang disimpan kepada pemegang saham. Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperolehi $2 sesaham dan membayar dividen $1, nisbah pembayarannya adalah 50%. Ini bermaksud syarikat mengagihkan separuh daripada perolehannya kepada pemegang saham dan melabur semula separuh yang lain dalam perniagaannya.

Nisbah pembayaran dapat membantu anda menilai kemampanan dan keanjalan dasar dividen syarikat. Nisbah pembayaran yang rendah bermaksud syarikat mempunyai banyak ruang untuk menaikkan dividennnya di masa hadapan atau berdaya untuk menghadapi turun naik perolehan tanpa memotong dividennya. Nisbah pembayaran tinggi menunjukkan syarikat membayar banyak atau hampir semua perolehannya sebagai dividen, yang mungkin dapat menghadkan keupayaannya untuk berkembang atau mengekalkan dividennya semasa menghadapi cabaran. Kadang kala syarikat mungkin membayar lebih dividen untuk tempoh masa semasa, menggunakan tunai dari tahun-tahun sebelumnya. Mempunyai baki perolehan tersimpan yang besar membenarkan syarikat membayar dividen konsisten tanpa kejadian negatif luar biasa dan mengekalkany sejarah pembayaran dividennya pada tingkatan yang stabil. Akan tetapi, dalam keadaan luar biasa, pembayaran dividen disebabkan lebiha perolehan mungkin datang dari tunai yang diterima dari penjualan aset atau hartanah syarikat. Dalam kes ini, pembayaran dividen adalah isyarat buruk dari pengeluaran wang untuk manfaat pemegang saham besar atau pengurusan.