Adakah AI akan membantu saya menulis dan menerbitkan penunjuk Pine Script®?
Model bahasa besar AI berkomunikasi dengan begitu realistik sehingga mereka boleh disalah-ertikan sebagai manusia sebenar. Akan tetapi, secara realiti, AI menjawab beberapa soalan yang sukar dengan tidak tepat. Menurut daripada pengalaman meluas kami dalam moderasi penghantaran Skrip Pine, Pine merupakan salah satu titik buta tersebut.
Yang pertama, banyak model yang sama dilatih hanya pada data yang wujud pada masa pembangunan mereka. Disebabkan itu, AI mungkin tidak mampu bekerja dengan maklumat yang datang kemudian, yang termasuk perubahan-perubahan terkini Skrip Pine. Ini boleh menyebabkan skrip Pine yang dijana AI untuk menggunakan ciri-ciri dari versi bahasa berbeza, menyebabkan penghasilan kod yang tidak dapat berfungsi.
Selain daripada itu, AI juga diketahui untuk berhalusinasi ciri bahasa yang tidak ada dalam Pine, atau cuba menggunakan ciri-ciri dari yang bahasa pengaturcaraan kegunaan awam yang lain. Contoh korpus tersedia untuk bahasa pengaturcaraan paling popular dunia seperti Python atau JavaScript mungkin mencukupi untuk membekalkan AI dengan data yang cukup untuk menjana skrip yang berfungsi untuk mereka, tetapi adalah tidak sama dengan Skrip Pine. Disebabkan itu, skrip boleh dipenuhi ciri-ciri seperti Python yang tidak tersedia dalam Pine.
Tambahan lagi, walaupun jika skrip yang ditulis oleh AI untuk anda boleh dijalankan, anda masih perlu memastikan bahawa ia melakukan apa yang anda mahukan. Walaupun permintaan anda mustahil dilakukan dalam Pine, AI berkemungkinan akan cuba melakukannya, dan mencipta skrip yang tidak berfungsi seperti yang dikehendaki.
Akhir kata, AI telah terbukti mempunyai kelemahan untuk menulis dan mengedit penjelasan. Jangan mengharapkan AI untuk mampu menulis kod yang bagus dan boleh diterbitkan atau menulis satu penjelasan untuk kod yang mematuhi Peraturan Dalaman, walaupun selepas menambahkan dokumen tersebut sebagai konteks.
Disebabkan itu, malangnya, AI boleh menjana maklumat yang salah atau mengelirukan anda kepada menerbitkan maklumat yang salah, yang boleh membawa akibat negatif. Satu penerbitan Pine ditulis oleh berkemungkinan besar akan dimoderasikan sebagai mempunyai kod berkualiti rendah atau penjelasan yang buruk.