Auto Anchored Volume Profile

Definisi

Penunjuk Auto Anchored Volume Profile (AAVP) menentukan secara automatik titik-titik harga dan tingkatan volum paling penting bergantung kepada rangka masa carta terkini dan mengira satu profil volum untuk titik-titik tersebut. Ini boleh membantu pedagang mengenalpasti dengan mudah kedudukan sokongan dan rintangan utama dan juga kawasan kecairan tinggi.

Nota: anda boleh membaca lebih lanjut anda boleh membaca lebih banyak mengenai ciri yang dikongsi oleh semua penunjuk Profil Volum dalam artikel Pusat Bantuan  Konsep Asas: Penunjuk Profil Volum. Teks di bawah menjelaskan ciri-ciri unik kepada penunjuk Profil Volum ini. 

Pengiraan

Apabila mengira Auto Anchored Volume Profile, kami memeriksa satu senarai rangka masa dalam satu urutan sehingga bilangan bar dalam selang masa untuk di mana VP dikira akan menjadi lebih rendah daripada 5000. Urutan rangka masa adalah: 1, 3, 5, 15, 30, 60, 240, 1H. 

Pertimbangkan contoh berikut. Penunjuk AAVP ditetapkan untuk memulakan semula pengiraan sekali setiap minggu pada satu simbol yang didagangkan 24x7 (untuk eksperimen ini, andaikan tiada jurang di mana tiada dagangan terjadi dan setiap minit pada setiap minggu mempunyai bar berkaitan).

  1. Pertama, penunjuk memeriksa rangka masa "1", melihat bahawa carta 1m untuk simbol ini mempunyai 7H * 1440m = 10080 bar pada data 1m, yang melebihi had 5000 bar. Ia memilih rangka masa selepas ini dalam urutan.
  2. Kemudian, penunjuk melakukan perkara yang sama dengan rangka masa "3". Carta 3m untuk simbol mempunyai 7H * (1440 / 3) = 3360 bar data. Ini adalah di bawah had 5000 bar, jadi bar 3m akan digunakan dalam pengiraan AAVP.

Input

Tempoh Sauh (Anchor Period)

Tempoh Sauh menentukan sauh untuk pengiraan Profil Volum, iaitu berapa kerap Profil Volum melakukan pengiraan semula dan di mana ia bermula. Pilihan yang ada adalah:

Auto - Titik permulaan untuk pengiraan Profil Volum bergantung kepada rangka masa pada carta:

  • "Sesi" pada semua rangka masa intrahari
  • "Bulan" pada semua rangka masa 1H
  • "Suku Tahun" pada semua rangka masa di antara 2H dan 10H
  • "Tahun" pada semua rangka masa di antara 11H dan 60H
  • "Dekad" pada semua rangka masa lebih dari 61H

Tinggi Tertinggi (Highest High) - Profil Volum bermula pada bar dengan tinggi tertinggi di antara bar X terakhir, di mana X adalah ditentukan dalam argumen Panjang.

Rendah Terendah (Lowest Low) - Profil Volum bermula pada bar dengan rendah terendah di antara bar X terakhir, di mana X adalah ditentukan dalam argumen Panjang.

Volum Tertinggi (Highest Volume) - Profil Volum bermula pada bar dengan volum tertinggi di antara bar X terakhir, di mana X adalah ditentukan dalam argumen Panjang.

Sesi - Profil Volum bermula pada permulaan sesi harian sebelum ini.

Minggu - Profil Volum bermula pada permulaan minggu lepas.

Bulan - Profil Volum bermula pada permulaan bulan lepas.

Tahun - Profil Volum bermula pada permulaan tahun lepas.

Suku Tahunan - Profil Volum bermula pada permulaan suku tahunan lepas (tempoh tiga bulan: Jan-Mac, Apr-Jun, Jul-Sep, Okt-Dis).

Dekad - Profil Volum bermula pada permulaan dekad lepas.

Abad - Profil Volum bermula pada permulaan abad lepas.

Perolehan - Profil Volum bermula pada bar dengan laporan perolehan terakhir untuk simbol semasa.

Dividen - Profil Volum bermula pada bar dengan laporan dividen terakhir untuk simbol semasa.

Pemisahan - Profil Volum bermula pada bar dengan pemisahan terakhir untuk simbol semasa.Volume Profile starts at the bar with the last split for the current symbol.

Panjang (Length)

Satu tempoh pusingan (rolling window) yang menentukan bilangan bar sesebuah penunjuk menganalisa apabila mencari sauh. Terpakai hanya kepada tempoh sauh Tinggi Tertinggi (Highest High), Rendah Terendah (Lowest Low) dan Volum Tertinggi (Highest Volume). Cth. tempoh sauh Tinggi Tertinggi dan panjang 100, penunjuk akan mencari 100 bar terakhir untuk bar dengan nilai ‘tinggi’ tertinggi untuk memulakan pengiraan Profil Volum.

Susun Atur Barisan/Saiz Barisan (Rows Layout / Row Size)

Dua input ini menunjukkan cara penunjuk mengira sebanyak mana baris untuk setiap histogram.

Jika input "Susun Atur Baris" ditetapkan kepada “Bilangan Baris”, input "Saiz Baris" menetapkan jumlah bilangan dalam histogram dan bilangan tick setiap baris dikira secara automatik berdasarkan kepada formula: Tick Setiap Baris = (Histogram Atas-Histogram Bawah)/Bilangan Baris/Saiz Tick. Bergantung kepada panjang histogram, nilai Tick Setiap Baris boleh dibundarkan sama ada ke atas atau ke bawah dan bilangan baris boleh melebihi daripada yang ditetapkan dalam had. 

Andaikan satu simbol dengan saiz tick 0.01 dan histogram Profil Volum yang merangkumi satu perubahan harga dari 10 ke 11, yang mempunyai jumlah tick 100. Jika "Saiz Baris" ditetapkan kepada 25, tinggi baris tunggal adalah (3-2)/25/0.01 = 4 tick. Histogram yang terhasil mempunyai 25 baris, dengan setiap baris mengandungi 4 tick. 

Jika hasil pengiraan tinggi baris adalah dalam nombor titik terapung, penunjuk membundarkan pengiraan Tick Setiap Baris untuk memastikan tinggi adalah nombor bulat. Ia boleh juga mencipta baris tambahan untuk memastikan semua data dinyatakan dalam histogram. Sama ada nilai Tick Setiap Baris dibundarkan ke atas atau ke bawah bergantung kepada yang mana menghasilkan bilangan baris yang paling hampir kepada nilai dalam input "Saiz Baris".

Sebagai contoh, jika dalam kes di atas input "Saiz Baris" ditukar kepada 30, tinggi baris awal adalah (3-2)/30/0.01=3.333 tick setiap baris.

Jika nombor ini dibundarkan kepada integer terdekat, 3, setiap baris dalam histogram yang terhasil mempunyai 3 tick setiap baris. Hasilnya, 30 baris pertama hanya merangkumi 30*3=90 tick dari seratus yang dirangkumi oleh histogram. Ini menyebabkan ada 10 tick yang tidak dikira, dan untuk mereka, empat baris tambahan akan dicipta -- tiga yang pertama dengan saiz 3, dan yang terakhir dengan saiz 1, menaikkan bilangan baris kepada 34.

Jika ia dibundarkan pula, setiap baris dalam histogram mempunyai tinggi 4 tick. Dalam kes ini, semua 100 tick akan dimuatkan kepada 25 baris tanpa baki. Disebabkan baris 34 adalah lebih dekat kepada 30, "Saiz Baris" yang dipinta, penunjuk menggunakan 3 tick sebagai tinggi baris.

 Jika input ini ditetapkan kepada “Tick Setiap Baris”, Saiz Baris menentukan bilangan tick dalam setiap baris tunggal (1 tick menjadi pergerakan minimum harga untuk simbol ini boleh lakukan: sebagai contoh, untuk NASDAQ:AAPL, 1 tick adalah 0.01 kerana harga perlu bergerak paling kurang 0.01 USD, iaitu. 1 sen). Cth., tetapkan ia kepada 25 akan bermakna setiap baris mempunyai tinggi 25 tick. Dalam kes ini, bilangan baris akan dikira secara automatik, dan histogram Profil Volum merangkumi harga dari 200 ke 300 untuk satu simbol dengan satu tick minimum 0.01 akan mempunyai (300 - 200) / 0.01 / 25 = 400 baris untuk setiap histogram. 

Volum

Togol antara menunjukkan jumlah volum untuk setiap barisan (Total), memecahkan setiap barisan kepada atas/bawah (Up/Down), atau menunjukkan perbezaan mereka (Delta). 

Volum Kawasan Nilai (Value Area Volume)

Menentukan apakah peratusan semua volum untuk sesi dagangan patut diserlahkan oleh Kawasan Nilai.