Bekalan maksimum

Apakah “Bekalan maksimum”?

Bekalan maksimum adalah anggaran terbaik jumlah syiling maksimum yang pernah wujud sepanjang hayat mata wang kripto.

Mengapakah “Bekalan maksimum” penting?

Mengetahui bilangan maksimum syiling yang pernah wujud sepanjang hayat mata wang kripto membolehkan pelabur untuk menjangkakan kemungkinan pencairan harga dari nilai terkini.

Mengapakah nilai “Bekalan maksimum" tidak ditentukan untuk beberapa syiling?

Beberapa syiling, contohnya stablecoin atau Doge, tidak mempunyai satu bekalan maksimum kod dalam (hard-coded). Seperti wang fiat, secara teorinya ia boleh dicipta berkali-kali selamanya, dan kepopularannya yang semakin menaik menunjukkan bahawa tiada cara untuk mengetahui sebanyak mana syiling berada dalam edaran. Disebabkan itu, adalah mustahil untuk mengukur “Bekalan maksimum” untuk syiling-syiling berkenaan.