Total value locked (TVL)
Apakah "TVL"?
Penunjuk TVL menjejak nilai agregat untuk mata wang kripto yang didepositkan di dalam protokol kewangan tidak terpusat, dengan diukur oleh jumlah keseluruhan nilai yang dipegang dalam kontrak pintar.
Mengapakah "TVL" penting?
Metrik "Total value locked" adalah satu cara yang bagus untuk menjejak penggunaan DeFi. Walaupun kecairan boleh dikeluarkan dari akaun-akaun protokol peminjaman, kebanyakan protokol tidak mempunyai perkara berkenaan sebagai pilihan, jadi jumlah nilai dikunci adalah hampir sama dengan jumlah kecairan yang dibekalkan kepada protokol DeFi.
Bagaimanakah "TVL" dikira?
TVL = Kecairan token yang dibekalkan * Harga token terkini