Buka

Apakah “Buka”?

Terma buka merujuk kepada harga di mana satu instrumen dagangan mula berdagang pada permulaan satu sesi dagangan. Ia merupakan harga pertama didagangkan pada hari itu apabila pasaran dibuka.

Mengapakah Buka adalah penting?

Sentimen Pasaran dan penemuan harga: Harga buka menunjukkan sentimen awal peserta-peserta pasaran. Ia boleh menunjukkan tingkatan semangat atau berhati-hati di antara pedagang pada permulaan sesi dagangan. Satu buka yang tinggi mencadangkan adanya sentimen positif, manakala satu buka yang rendah menunjukkan sentimen negatif. Dagangan mulaan pada buka juga membantu menetapkan titik mulaan untuk julat dagangan harian.

Analisa Jurang (Gap Analysis): Jurang terjadi apabila ada satu perbezaan ketara di antara harga tutup sebelum dan harga buka. Pedagang menganalisa jurang-jurang ini untuk mengenalpasti peluang dagangan berpotensi dan menilai momentum pasaran. Sebagai contoh, satu jurang ke atas (di mana buka adalah lebih tinggi daripada tutup hari sebelumnya) boleh memberikan petunjuk berita positif atau minat belian yang kuat, manakala satu jurang ke bawah (di mana buka adalah lebih rendah daripada tutup hari sebelumnya) boleh menunjukkan berita negatif atau tekanan jualan.

Penilaian Ketidakstabilan (Volatility): Perbezaan di antara harga tutup sebelum dan harga buka boleh memberikan gambaran kepada tingkatan ketidakstabilan di dalam pasaran. Satu perbezaan ketara menunjukkan ketidakstabilan lebih tinggi, menunjukkan potensi pergerakan harga lebih besar dan peluang-peluang dagangan.

Strategi Dagangan: Ada pedagang menggunakan strategi khusus berdasarkan kepada harga buka. Sebagai contoh, ada strategi yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan pada momentum harga yang diperhatikan pada buka, seperti dagangan pecah keluar (breakout) atau strategi fade yang bertaruh akan adanya balikan selepas buka.