Tempoh ke kematangan
Apakah Tempoh ke kematangan?
Tempoh ke kematangan merujuk kepada tempoh masa yang masih tinggal sehingga satu bon mencapar tarikh kematangannya. Ia mewakili panjang masa dari masa kini sehingga jumlah pokok bon akan dibayar balik oleh pengeluar bon.
Tempoh ke kematangan selalunya diukur dalam tahun, bulan atau hari, bergantung kepada ciri-ciri tertentu istrumen kewangan itu. Ia adalah satu metrik penting untuk pelabur kerana ia membantu menilai baki jangka hayat pelaburan dan mengukur potensi risiko dan ganjaran yang dikaitkan dengan memegang instrumen ini sehingga matang.
Mengapakah Tempoh ke Kematangan penting?
- Pembayaran Hasil (Yield) dan Kupon: Tempoh ke kematangan memberikan kesan kepada hasil bon. Secara umumnya, bon jangka panjang mempunyai hasil lebih tinggi untuk membayar komitmen masa yang lebih panjang yang ditanggung pelabur-pelabur.
- Sensitiviti Harga: Harga satu bon menjadi lebih sensitif kepada perubahan dalam kadar faedah apabila tempoh ke kematangan berkurangan. Bon jangka pendek selalunya kurang sensitif kepada perubahan kadar faedah berbanding bon jangka panjang. Ini kerana aliran tunai masa hadapan untuk bon jangka pendek adalah lebih dekat dalam masa, menjadikan mereka kurang dipengaruhi oleh naik turun kadar harga.
- Ufuk Pelaburan: Tempoh ke kematangan membantu pelabur menyusun ufuk pelaburan mereka dengan ciri-ciri bon. Pelabur dengan ufuk pelaburan lebih rendah lebih menyukai bon dengan tempoh ke kematangan lebih pendek untuk memastikan pulangan pokok yang tepat pada masanya, manakala pelabur dengan ufuk pelaburan lebih panjang akan menjadi lebih selesa memegang bon dengan tempoh ke kematangan lebih panjang untuk potensi hasil yang lebih tinggi.
- Penilaian Risiko: Tempoh ke kematangan memberikan gambaran ke dalam potensi risiko yang dikaitkan dengan memegang bon. Bon jangka panjang selalunya membawa lebih banyak risiko kadar faedah dan inflasi berbanding dengan bon-bon jangka lebih pendek. Selain daripada itu, tempoh ke kematangan mempengaruhi risiko kredit, seperti juga bon jangka masa panjang mempunyai satu pendedahan lebih lama kepada potensi perubahan dalam kepercayaan kredit pengeluar bon.