Volum Relatif pada Masa

Definisi

Volum adalah jumlah keseluruhan aset yang didagangkan dalam satu tempoh masa tertentu. Penunjuk Volum Relatif pada Masa membandingkan volum biasa atau kumulatif pada satu tempoh tertentu dalam satu tempoh kepada puratanya sepanjang titik-titik masa sejarah yang sama. Perbandingan ini membantu mengenalpasti turun naik luar biasa dalam aktiviti dagangan relatif kepada jangkaan sejarah pada satu masa yang diberikan.

Pengiraan

Untuk memahami logik di sebalik penunjuk ini, seseorang perlu memahami dahulu bagaimana ia memilih titik-titik data untuk pengiraannya. Penunjuk memeriksa ofset masa di antara bar terkini dan permulaan (sauh) untuk tempoh paling terkini, kemudian memilih bar dengan perbezaan masa yang sepadan daripada satu bilangan sauh sejarah tertentu. Penunjuk mengira purata volum menggunakan titik-titik data terpilih dari setiap tempoh. Input "Rangka Masa Sauh" menentukan saiz setiap tempoh. Satu tempoh baru bermula setiap kali satu bar membuka pada rangka masa tertentu. Input "Panjang" mengawal bilangan tempoh yang penunjuk akan masukkan dalam puratanya. 

Sebagai contoh, katakan Rangka Masa Sauh ialah satu hari, Panjang ialah 5, dan carta menggunakan rangka masa 30m. Dalam senario ini, katakan setiap tempoh bermula pada 9:30, dan katakan masa terkini adalah 12:15, bermakna masa bukaan bar semasa adalah 12:00. Dalam kes ini, penunjuk akan mengira ofset masa pada bar akhir dari permulaan tempoh semasa (12:00 - 9:30 = 2 jam dan 30 minit), kemudian mencari semua bar sepanjang lima hari terakhir yang membuka 2.5 jam selepas permulaan tempoh masing-masing. Selepas itu, ia akan mengira volum purata dari bar-bar ini dan memplotkan nisbah untuk nilai volum terkini kepada nilai purata ini di atas carta, contohnya volum terkini dibahagikan dengan volum purata.   

Tetapan akhir, Mod Pengiraan, mengawal jenis volum digunakan dalam pengiraan: 

  • Dengan Kumulatif (secara lalai), penunjuk menggunakan jumlah volum dikumpulkan dari sauh tempoh akhir. Dalam konteks contoh di atas, ia akan mengira jumlah volum dalam tempoh semasa dari 9:30 ke 12:15 dan pengumpulan volum purata dari 9:30-12:30 sepanjang lima hari.
  • Dengan Biasa, penunjuk menggunakan volum bukan kumulatif pada ofset masa. Contoh di atas akan menggunakan nilai dari bar 12:00 terkini dan mengira nilai purata sejarah bar sepadan sepanjang lima hari. 

Ambil maklum nilai semasa akan menjadi lebih rendah dari yang sepatutnya dalam kedua-dua kes, kerana bar semasa masih belum selesai. Perbezaan ini adalah kurang ketara apabila menggunakan mod Kumulatif, terutamanya pada bar tempoh selepas itu, kerana nilai pada satu bar mewakili volum dikumpulkan sehingga titik itu dalam tempoh masa. Menukar kepada rangka masa lebih rendah boleh membantu meningkatkan ketepatan pengiraan dengan mengurangkan masa bar semasa kekal terbuka.

Jika satu tempoh sejarah tidak mempunyai satu bar pada ofset tertentu dari sauhnya, penunjuk akan menggunakan bar terakhir yang ada sebelum diofsetkan dalam pengiraannya.

Input

Rangka Masa Sauh

Menentukan saiz tempoh digunakan dalam pengiraan Volum Relatif seperti yang dijelaskan dalam bahagian Pengiraan di atas. Jika nilai "Rangka Masa Sauh" adalah kurang atau sama dengan rangka masa carta, tempoh ini akan diset semula pada setiap bar carta, yang bermaksud penunjuk hanya menggunakan bar N terakhir dalam pengiraannya (di mana N ialah nilai "Panjang").

Panjang

Menentukan bilangan tempoh sejarah yang digunakan dalam pengiraan volum purata pada titik masa semasa.

Mod Pengiraan

Menentukan jenis volum yang digunakan dalam pengiraan. Jika Kumulatif, penunjuk menggunakan volum yang dikumpulkan dari permulaan setiap tempoh. Jika Biasa, ia menggunakan volum bukan kumulatif.