Gambaran pembina strategi opsyen

Pembina strategi opsyen adalah satu alat yang membenarkan anda memodelkan strategi opsyen (spread), memvisualkan profil risiko dan greeks, memodelkan senario yang mungkin terjadi. Artikel ini memberikan cerapan tingkatan tinggi untuk ciri dan memasukkan rujukan kepada artikel yang lebih mendalam. 


Pada syot skrin di bawah, ada cip biru dengan nombor-nombor. Di bawahnya kami memberikan komen untuk setiap nombor. 

1 Carian

Di sini adalah di mana anda bermula apabila memilih satu aset asas untuk menerokai opsyennya. Mengklik kawalan ini membuka dialog carian simbol, sama seperti yang ditemui di ruangan lain pada platform kami, tetapi disesuaikan untuk menunjukkan hanya simbol yang mempunyai opsyen tersedia. 

Baca lebih lanjut mengenai carian untuk opsyen pada platform kami.

2 Rujukan strategi standard

Memulakan permodelan strategi opsyen dari awal boleh menjadi agak memenatkan terutamanya kepada yang baru bermula. Disebabkan itu kami melalukan skrin lawatan pertama (apabila pengguna tidak mempunyai srategi sendiri untuk asas dipilih) yang mengandungi strategi popular lalai. Jadi pengguna boleh mengklik dengan mudah menerusi mereka dan memahami konsep ringkas mengenai alat. 


Kumpulan penapis pada bahagian atas susun kad membenarkan anda menapis strategi mengikut pandangan arah pasaran mereka.

3 Kad strategi

Setiap kad mewakili satu strategi tunggal, dengan nama dan penjelasan ringkas. Apabila anda mengklik satu kad, carta pada bahagian kanan memaparkan profil risiko untuk strategi tersebut.

Butang Cipta Strategi membawa anda ke kawasan Strategi Saya, di mana anda boleh mensesuaikan strategi mengikut cara anda sukai.

4 – Carta

Jantung Pembina strategi adalah carta. Biasanya ia membenarkan untuk memplot data strategi berikut:

  • Profil risiko (Fungsi pembayaran) pada tarikh luput;
  • P&L - profil untung dan rugi semasa strategi;
  • Profil greeks.

Paksi x selalunya adalah harga aset asas.

Baca lebih lanjut mengenai carta.

Juga baca: