Kalendar TradingView: peristiwa ekonomi dan korporat utama
Kalendar adalah alat komprehensif yang mengandungi Kalendar Ekonomi, Kalendar Perolehan, Kalendar Hasil dan Kalendar Dividen.
Setiap satu membantu anda mencari peristiwa ekonomi utama dari seluruh dunia dan terjun ke dalam pengumuman korporat yang menunjukkan prestasi syarikat — berpotensi untuk membantu anda mengenalpasti saham dan bon yang menguntungkan.
KANDUNGAN:
- Apakah Kalendar
- Bagaimana berdagang dengan Kalendar
- Kalendar dan berita
- Kalendar ekonomi dan Carta Super
Apakah Kalendar
Dengan Kalendar kami, anda boleh bersedia untuk peristiwa akan datang yang boleh mempengaruhi pasaran, seperti mesyuarat FOMC atau laporan kadar pengangguran BLS.
Maklumat ini boleh membantu anda menavigasi lanskap kewangan — anda boleh menukar posisi dan memutuskan sama ada untuk membuka yang baharu sebaik sahaja cerapan pasaran menjadi lebih jelas.
Dalam ekonomi sejagat, setiap keputusan negara mempengaruhi yang lain. Tiada ekonomi yang wujud dalam vakum, jadi pedagang dan pelabur memerhatikan dengan dekat laporan ekonomi dari kerajaan mereka dan kerajaan lain.
Selain daripada itu, peserta ekonomi sejagat — kerajaan, syarikat swasta dan syarikat awam — semuanya saling bergantung. Setiap pergerakan yang mereka lakukan akan ditunjukkan dalam sebut harga forex, perubahan harga saham, imbangan dagangan dan banyak lagi. Menjejaki semua ini boleh memakan masa.
Disebabkan itu kami mereka bentuk Kalendar empat dalam satu — semua data anda perlukan untuk analisis komprehensif pada satu tempat.

Bagaimana berdagang dengan Kalendar
Peristiwa ekonomi boleh memberikan impak besar kepada keputusan dagangan anda, tanpa mengira aset yang anda minati. Sebagai contoh, pedagang kripto memerhatikan dengan dekat mesyuarat FOMC mengenai kadar faedah, kerana ini adalah peristiwa penting untuk keseluruhan industri kewangan. Mereka memberikan cerapan tentang bagaimana "murah" wang akan jadi dalam masa terdekat, mempengaruhi peruntukan modal oleh dana pelaburan besar dan pemain pasaran lain.
Sejurus sebelum mesyuarat tersebut, harga selalunya tidak naik — pasaran tidak menentu dan wang pintar (smart money) mengelakkan belian dan jualan agresif, menyebabkan pengurangan volum dagangan.
Seperti ditunjukkan dalam syot skrin, dua hari sebelum mesyuarat FOMC, harga Bitcoin turun dalam 3.5%.

Angka penting lain — seperti kadar pengangguran dan data khusus sektor — boleh menunjukkan bahagian ekonomi yang boleh menjadi lebih menarik untuk pelaburan modal.
Kalendar juga boleh membantu dalam dagangan bon. Disebabkan bon diterbitkan secara tetap — dan banyak yang didagangkan secara aktif dalam pasaran sekunder — anda boleh menggunakan Kalendar untuk menjejak kadar kupon untuk bon yang baru diterbitkan. Kemudian membuat keputusan sama ada memegang bon semasa anda atau membeli yang baharu.
Kalendar dan berita
Di TradingView, peristiwa ekonomi adalah tersedia menerusi alatan berbeza. Bersama-sama Kalendar Ekonomi, anda boleh menerokai Aliran Berita — alat serba boleh yang boleh disesuaikan untuk menunjukkan bukan sahaja peristiwa ekonomi tetapi juga pandangan meluas pasaran sejagat.
Berita di TradingView diwakili sebagai Aliran Berita dan halaman berita.
Walaupun Kalendar adalah cara terbaik untuk analisis peringkat negara dan menjejak metrik korporat utama, Aliran Berita menawarkan berita kewangan lebih mendalam dari pelbagai penyedia pada syarikat tertentu, membenarkan anda untuk terjun lebih mendalam kepada sentimen pasaran.
Dalam Aliran Berita, anda boleh mengakses berita terkini — kemas kini pantas, tajuk berita penting dan berita popular. Hanya klik butang "Keutamaan" untuk mendapatkan suapan harian anda pada keadaan pasaran semasa dari satu simber tunggal boleh dipercayai.
Kalendar ekonomi dan Carta Super
Setiap alat TradingView disambungkan dengan yang lain supaya anda boleh menggunakan mereka serentak. Apabila anda melakukan analisis teknikal pada Carta Super, anda boleh mengakses Kalendar pada bar alat kanan.

Anda juga boleh memisahkan paparan skrin anda dan melaraskan saiz setiap tetingkap berasingan. Semua kefungsian kekal sama, hanya anda tidak perlu mengganggu penyelidikan anda.
Selain daripada itu, pastikan anda mencari butang gear dan mengakses tetapan Carta Super. Di situ, navigasi ke tab "Peristiwa". Bergantung kepada jenis aset yang anda cartakan, anda akan menjumpai peristiwa ekonomi berbeza untuk dipaparkan pada carta anda.
Untuk saham, anda boleh memaparkan:

Untuk simbol lain seperti indeks dan niaga hadapan, anda boleh menambahkan kepada Carta Super anda peristiwa ekonomi yang datang dari Kalendar Ekonomi.
Kesimpulan Kalendar TradingView
Data ekonomi selalunya adalah perkara pertama yang disemak oleh pelabur apabila menilai pasaran. Pedagang dan pelabur selalunya berhati-hati — memeriksa pergerakan mereka beberapa kali sebelum memasuki pasaran.
Sebelum anda terjun ke dalam teknikal, anda boleh menggunakan alatan TradingView untuk melakukan analisis asas yang kukuh.
Mulakan dengan Kalendar untuk memahami peristiwa sejagat yang akan datang. Kemudian, terokai Kalendar lain untuk melihat syarikat yang akan mengeluarkan laporan. Untuk paparan lebih mendalam, anda boleh mengurangkan carian anda dengan Penyaring Saham.
Juga baca: