Kalendar ekonomi: gambaran keseluruhan ciri

Kalendar ekonomi adalah satu alat penting kepada pelabur yang membantu menjejak peristiwa paling penting dan data dari dunia kewangan, dari penunjuk ekonomi negara seperti KDNK atau kadar faedah kepada pengumuman Federal Reserve dan organisasi lain. Disebabkan pasaran selalunya kompleks dan tidak menentu, alat seperti kalendar ekonomi dapat membantu memberikan satu gambaran yang jelas tentang pergerakan yang berlaku dan persediaan untuk ketidakstabilan. Mari kita lihat lebih dekat Kalendar Ekonomi TradingView dan lihat ciri yang tersedia untuk kegunaan anda.

Gambaran Keseluruhan

Dalam lajurnya, kalendar menyenaraikan pada awalnya masa pengumuman atau laporan yang dikeluarkan dan kemudiannya negara dari mana ia diperolehi. Disebelah negara, anda boleh melihat satu graf kecil memaparkan kepentingan peristiwa itu supaya anda boleh menilai dengan cepat apa yang memerlukan pemerhatian pantas. Kemudian adalah peristiwa itu sendiri — ia boleh jadi data ekonomi, laporan pekerjaan, pengumuman bank pusat, perubahan dalam polisi kerajaan dan juga ciapan dari pemimpin-pemimpin dunia tertentu, hampir semua yang boleh mempengaruhi pasaran.

Dengan mengklik pada peristiwa, anda akan melihat penjelasannya dan tiga pilihan: Lancar carta akan membuka satu carta terperinci untuk penunjuk, Lihat gambaran keseluruhan akan merujukkan anda kepada halaman simbol penunjuk dengan carta, berita dan maklumat berkenaan yang lain, Tambah kepada kalendar menambahkan peristiwa kepada kalendar Google anda untuk memastikan anda tidak terlepas mengenainya.

Dalam kalendar, anda juga dapat menjumpai lajur Sebenar dan Ramalan: yang pertama menunjukkan nilai sebenar penunjuk berbanding kepada apa yang dijangkakan — ini akan membantu untuk menilai laporan sebelum ini. Yang kedua menunjukkan ramalan untuk penunjuk, di mana ramai pedagang menggunakannya untuk membangunkan strategi yang lebi terperinci. Dan yang terakhir, pada hujung kanan, anda akan dapat melihat lajur Sebelum, yang mempunyai nilai-nilai sebelum ini untuk penunjuk —  semuanya untuk melihat skala penuh untuk satu peristiwa ekonomi.

Penapis

Sekarang anda sudah memahami kandungan kalendar Ekonomi, jadi sekarang kita lihat apa yang anda boleh lakukan untuk memfokuskan kepada maklumat yang anda perlukan. Ada beberapa penapis yang boleh membantu anda melakukannya:

  • Negara: membenarkan anda memilih satu atau beberapa negara untuk menerima laporan dari anda. Anda boleh menetapkan penapis ini kepada pilihan Seluruh dunia jika strategi anda memerlukan data dari semua sumber yang ada.
  • Paling penting: apabila diaktifkan, mod ini menunjukkan hanya peristiwa dengan kepentingan tertinggi supaya anda boleh memfokuskan kepada data utama



  • Pilihan tempoh: dengan hanya satu butang, anda boleh memilih untuk melihat hanya peristiwa ekonomi akan datang, laporan sebelumnya yang terjadi semalam atau peristiwa yang diumumkan hari ini, esok dan minggu ini.
  • Menu kategori: di sini, anda boleh memilih satu kategori untuk melihat hanya jenis pengumuman yang berkaitan dengan kadar faedah, inflasi, bon dll. Jika anda tidak mencari sesuatu yang khusus, anda hanya perlu menggunakan pilihan lalai Semua kategori.
  • Zon masa: untuk menjadikan carian anda untuk peristiwa menjadi lebih tepat, anda boleh menggunakan penapis ini untuk memilih satu zon masa yang sesuai.

Dengan penapis yang betul dan penyelidikan terperinci untuk semua data yang dijumpai, kalendar Ekonomi boleh menjadi satu alat berkuasa untuk penganalisa pasaran sejagat. 

Dan jangan lupa bahawa alatan TradingView adalah dioptimumkan untuk laman web, jadi dengan hanya satu klik pada butang Dapatkan widget di bucu kanan atasm anda boleh mendapatkan kod kalendar dan mengintegrasikannya ke dalam laman web anda untuk memberitahu pengguna anda tentang laporan ekonomi penting: