Bagaimanakah pautan dalam aplikasi berfungsi dalam Atas Meja TradingView
Aplikasi Atas Meja TradingView untuk Windows memberikan pengalaman pengguna lebih diintegrasikan dengan membenarkan pautan TradingView untuk membuka secara terus dalam aplikasi. Apabila anda mengklik pada satu pautan TradingView dari satu pesanan, e-mel atau sumber luaran lain, ia tidak lagi menghantar anda kepada pelayar lalai anda. Tetapi ia membuka terus kepada aplikasi Atas Meja, memperkemaskan akses anda kepada carta dan idea. Secara lalai, ciri ini diaktifkan untuk semua pengguna.
Membuka pautan TradingView dari papan keratan (clipboard)
Kaedah lain untuk membuka pautan TradingView terus dalam aplikasi adalah menggunakan item menu “Buka pautan dari papan keratan”. Kaedah ini berguna untuk pengguna macOS dan Linux, kerana versi aplikasi Atas Meja TradingView untuk sistem pengoperasian ini tidak mempunyai pengendalian pautan dalam aplikasi. Akan tetapi, ia juga berguna untuk aplikasi Windows dalam senario tertentu. Untuk arahan mendalam bagaimana untuk menggunakan ciri ini, sila rujuk kepada artikel kami mengenai pembukaan pautan dari papan keratan.
Bagaimana untuk menyahaktifkan pengendalian pautan dalam How to disable in-app link handling
Jika anda lebih menggemari pautan TradingView untuk membuka dalam pelayar lalai anda dan bukannya aplikasi Atas Meja, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menyahaktifkan pengendalian pautan dalam aplikasi:
1. Buka aplikasi Windows Settings.
2. Pergi ke Apps > Apps for websites.
3. Cari aplikasi TradingView dalam senarai dan nyahpilih togol untuk *.tradingview.com dan tradingview.com.
Pencarisilapan (troubleshooting)
Bukan semua halaman TradingView direka untuk membuka terus dalam aplikasi, dan ciri pengendalian pautan dalam aplikasi membenarkan beberapa halaman untuk membuka dalam pelayar lalai. Akan tetapi ini boleh dipintas oleh Developer Mode dalam Windows. Apabila Developer Mode diaktifkan, semua halaman TradingView akan membuka di dalam aplikasi, yang boleh mengakibatkan keputusan dan isu yang tidak dijangka. Untuk mengelakkan terjadi masalah, pastika Developer Mode dinyahaktifkan pada sistem anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Developer Mode pada Windows dengan mengikuti pautan ini.