Assets under Management (AUM)

Apakah AUM?
Assets under Management (AUM) merujuk kepada jumlah nilai pelaburan yang dipegang dalam satu portfolio Exchange-Traded Fund (ETF). Ia mewakili nilai gabungan semua aset yang ada, seperti saham, bon, komoditi dan sekuriti lain, yang dipegang oleh ETF bagi pihak pelaburnya.

Bagaimanakah AUM dikira?
AUM dikira dengan menjumlahkan nilai pasaran untuk semua sekuriti individu yang dipegang dalam portfolio ETF. Ini termasuk harga saham, bon atau aset lain, dikalikan dengan bilangan unit saham untuk setiap aset yang dipegang oleh ETF. Jumlah nilai memberikan satu syot kilat mengenai saiz dan skala kewangan ETF.

Mengapakah AUM penting?
AUM ialah satu metrik penting untuk pelabur kerana ia memberikan gambaran kepada saiz, kepopularan dan potensi kecairan ETF. Satu AUM yang lebih tinggi selalunya menunjukkan bahawa lebih ramai elabur melabur dalam ETF, menggambarkan daya tarikan dan kebolehpercayaannya. AUM yang lebih besar juga mencadangkan bahawa ETF itu adalah sudah mantap dan mempunyai rekod prestasi dalam pasaran.