Serantau
Apakah pengelasan Serantau?
Dana Serantau adalah dana pelaburan yang distrukturkan di sekitar persamaan geografi, budaya dan ekonomi untuk rantau berbeza. Mereka menawarkan pelabur cara untuk mempelbagaikan pelaburan secara antarabangsa dan pada masa yang sama, masih memfokuskan kepada kawasan khusus yang mungkin sejajar dengan sasaran pelaburan mereka.
Jenis dana Serantau:
Pelbagai terma mendefinasikan skop dan fokus dana serantau dalam pelaburan sejagat. Ia termasuk:
- Sejagat: Meliputi perspektif pelaburan seluruh dunia.
- Pasaran memuncul (emerging market): Memfokuskan kepada negara-negara dengan pertumbuhan tetapi mempunyai ekonomi yang kurang membangun seperti Brazil, Rusia, India dan China.
- Eropah, Amerika Utara, Asia-Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah & Afrika: Dana memfokuskan geografi melabur dalam negara-negara yang berada dalam rantau ini.
- Pasaran maju: Mensasarkan negara-negara yang mempunyai ekonomi sangat maju dan infrastruktur teknologi termaju.
- Sejagat Ex-A.S.: Melabur secara sejagat dan pada masa yang sama tidak melabur dalam pasaran Amerika Syarikat.
- Pasaran Sempadan (frontier market): Menumpukan kepada pasaran-pasaran yang lebih kecil, masih kurang diakses tetapi sedang berkembang.