Kelas aset: Komoditi
Komoditi: Kategori, Fokus dan Nic
Dana ini direka secara khusus untuk menjejak pulangan yang tersedia dalam sektor komoditi. Sektor komoditi mengandungi barangan fizikal atau kontrak dagangan bursa berkaitan dengan barangan fizikal.
ETF kommoditi mengkategorikan pelaburan berdasarkan kepada kegunaan utama produk, membezakan komoditi tertentu dalam pelbagai sektor.
Kategori
Kategori komoditi hendaklah menjelaskan sektor yang sangat dikenali dalam pasaran komoditi dagangan bursa.
Pertanian – tumbuhan atau haiwan, atau bahagiannya, yang digunakan secara amnya untuk mengeluarkan makanan atau fabrik
Tenaga – produk atau sisa produk yang berkaitan dengan penjanaan kuasa.
Logam industri – logam di mana fungsi utama adalah dalam kegunaan industri.
Logam berharga – logam dengan nilai pasaran tinggi disebabkan jarang dijumpai, termasuk emas, perak, palladium dan platinum.
Fokus
Fungsi Fokus dalam Komoditi adalah untuk mengubah Kategori. Satu penjelasan fokus hendaklah membezakan produk dalam sektor pasaran Komoditi.
Apa-apa dana tanpa perubahan kepada Kategori akan membawa sebutan Fokus, Pasaran Meluas.
Satu penjelas tingkatan Fokus hendaklah sekhusus yang diperlukan untuk menjelaskan komoditi dengan tepat. Disebabkan itu, satu dana yang menjejak hanya harga jagung akan mempunyai penjelas Fokus Jagung dan bukannya Bijirin, di mana dana yang menjejak jagung, gandum dan kacang soya akan membawa penjelas Fokus Bijirin, bukannya Jagung.
Nic
Fungsi Nic adalah untuk menjelaskan strategi pelaburan yang digunakan oleh dana untuk mendapatkan pendedahan kepada komoditi yang dijejakinya.
Berikut adalah penjelas Nic Komoditi dan penjelasannya:
Dipegang secara fizikal – dana didedahkan secara terus kepada harga semerta (spot price) untuk komoditi yang dijejak, sama ada dengan memegang komoditi itu sendiri atau, dalam kes beberapa ETN, menjanjikan pulangan emas semerta atau ETF yang menjejak emas semerta.
Bulan hadapan – dana mengambil posisi panjang dalam kontrak hadapan yang akan berakhir paling awal (soonest-to-expire) di mana harga penyelesaian bergantung kepada harga semerta penutup pada komoditi yang dijejak. Penamaan ini termasuk dana yang akan mengambil posisi panjang dalam kontrak hadapan yang akan berakhir paling awal sebagai sebahagian daripada proses gulungan (rolling process) untuk mengelakkan pengambilan penghantaran komoditi berkenaan.
Laddered – dana mengambil posisi panjang dalam satu siri kontrak hadapan merentasi banyak atau keseluruhan tenor yang tersedia tanpa mengira struktur terma lengkungan pada masa gulungan (curve at the time of the roll).
Dioptimumkan – dana menggunakan proses berasaskan peraturan dinamik untuk memilih kontrak hadapan untuk mencapai satu sasaran yang dinyatakan, biasanya untuk mengurangkan contango.
Pembolehubahe – dana berubah-ubah dalam kaedah pendedahannya kepada komoditi asasnya.
Terma dilanjutkan – dana mengikut satu jadual tetap yang tidak khasnya kepada bulan hadapan (front-month), memegang hanya satu kontrak untuk satu komoditi pada satu masa.
Kategori | Fokus | Nic |
---|---|---|
Pertanian | Pasaran meluas | Kematangan meluas Terma dilanjutkan Bulan hadapan Pertengahan Laddered Dioptimumkan Dipegang secara fizikal Berubah-ubah |
Koko | ||
Kopi | ||
Jagung | ||
Kapas | ||
Bijirin | ||
Babi kurus (lean hog) | ||
Lembu hidup | ||
Ternakan | ||
Barangan lembut (softs) | ||
Minyak kacang soya | ||
Kacang soya | ||
Gula | ||
Gandum | ||
Pasaran meluas | Pasaran meluas | |
Pasaran meluas selain pertanian | ||
Tenaga | Pasaran meluas | |
Kredit karbon | ||
Minyak mentah | ||
Tenaga, Elektrik | ||
Petrol | ||
Minyak pemanas | ||
Gas asli | ||
Petroleum | ||
Logam industri | Aluminium | |
Pasaran meluas | ||
Tembaga | ||
Plumbum | ||
Nikel | ||
Timah | ||
Zink | ||
Logam | Pasaran meluas | |
Logam berharga | Pasaran meluas | |
Emas | ||
Palladium | ||
Platinum | ||
Rhodium | ||
Perak |