Seasonality
Dalam siri analisis masa, seasonality adalah kecenderungan yang dirasakan untuk variasi yang sama dalam set data untuk terjadi dalam selang masa tetap tertentu dalam kurang daripada setahun. Penunjuk terbina dalam Seasonality untuk TradingView menjejak dan menvisualkan prestasi bulanan instrumen bermula dari satu tahun khusus untuk membantu pedagang mengenalpasti corak bermusim yang berpotensi.
Penunjuk Seasonality mengandungi dua bahagian:
- Satu jadual peta suhu pada satu panel berasingan di bawah carta yang memaparkan peratusan perubahan bulanan dan metrik dengan kecerunan warna
- Kotak pada carta yang memaparkan unjuran tingkatan bulanan berdasarkan kepada perubahan purata sejarah (historical average changes)
Peta suhu
Jadual peta suhu memaparkan peratusan perubahan sejarah untuk setiap bulan dari titik permulaan yang dipilih. Ia mengatur data bulan ke bulan untuk setiap tahun pada satu baris berasingan, dengan setiap lajur sepadan kepada satu bulan tertentu. Selain daripada itu, baris bawah jadual memaparkan purata bermusim, sisihan piawai dan peratusan perubahan positif untuk setiap bulan sepanjang tahun yang dimasukkan. Lihat bahagian "Inputs" di bawah untuk lebih maklumat mengenai metrik-metrik ini.
Struktur visual ini memberikan satu cara yang mudah dan tersusun untuk pengguna menganalisa naik turun bulanan sepanjang beberapa tahun dan mengenal pasti kecenderungan bermusim yang berpotensi dalam data sesebuah simbol.
Kotak
Kotak-kotak pada carta mewakili unjuran setiap bulan berdasarkan kepada perubahan sejarah purata untuk bulan berkenaan sepanjang tahun lepas. Setiap kotak bermula pada bar pertama bulanan dan berterusan sepanjang tempoh bulan tersebut, dengan julat menegak dari harga tutup pada bulan sebelumnya kepada harga di mana bulan akan menutup jika pasaran bergerak berdasarkan perubahan purata sejarahnya. Setiap kotak juga memaparkan peratusan perubahan purata bulan di dalamnya.
Sebagai contoh, katakan bulan terkini adalah Februari, bar terakhir Januari mempunyai harga tutup 200, dan peratusan perubahan purata untuk Februari sepanjang tahun lepas adalah 10%. Dalam kes ini, kotak akan merangkumi sepanjang bulan Februari dengan harga mula 200 dan harga akhir 220 (200 + 10% of 200), dan kawasan di dalam kotak akan memaparkan "10%" untuk menunjukkan perubahan (purata) yang dijangkakan.
Pengguna boleh togol paparan kotak dalam tab "Gaya" di dalam "Tetapan" penunjuk.
NOTA: Peta suhu memaparkan nilai-nilai yang tersedia pada tick terkini, di mana kotak-kotak menggunakan nilai-nilai yang tersedia pada bar di mana penunjuk melukiskan mereka. Ini mengakibatkan peratusan perubahan purata ditunjukkan di dalam kotak-kotak sejarah dan bahagian "Purata" dalam jadual akan berubah kerana kotak menunjukkan purata sejarah dan jadual menunjukkan purata terkini.
Plot
Penunjuk ini mengandungi beberapa plot berguna yang memberikan maklumat tambahan mengenai pengiraan sejarah. Pengguna boleh melihat nilai-nilai diplotkan ini di dalam garisan status penunjuk dan Tetingkap Data.
"Harga dijangka untuk bulan semasa" – Harga di mana bulan akan menutup jika pasaran bergerak berdasarkan perubahan purata sejarahnya (historical average change).
"Purata sejarah untuk bulan semasa" - Peratusan perubahan purata untuk bulan tertentu pada masa pembukaannya. Kotak unjuran bulan juga memaparkan nilai ini.
"Sisihan piawai sejarah untuk bulan semasa" – Sisihan piawai utnuk peratusan perubahan untuk bulan tertentu pada masa pembukaannya.
"Bilangan bulan digunakan dalam purata semasa" – Bilangan bulan pada tahun lepas dalam purata dan pengiraan metrik lain pada masa pembukaan bulan tertentu.
Input
Tahun mula
Tahun di mana pengiraan penunjuk bermula. Untuk mengumpul dan mengira keputusan untuk semua data tersedia, tetapkan nilai ini kepada mana-mana tahun sebelum tarikh pertama simbol (contoh, 1900).
Amnil maklum bahawa kotak lukisan akan bermula untuk tahun selepas tahun permulaan, kerana penunjuk memerlukan data sekurang-kurangnya satu tahun sebelumnya untuk mula mengunjurkan peratusan perubahan purata. Sebagai contoh, jika tahun bermula adalah tahun 2015, kotak lukisan tidak akan bermula sehinggalah tahun 2016.
Warna Positif
Warna kotak dan sel Peta Suhu yang mengandungi nilai-nilai positif.
Warna Negatif
Warna kotak dan sel Peta Suhu yang mengandungi nilai-nilai negatif.
Potongan Keamatan Warna - Color Intensity Cutoff (%)
Menentukan peratusan mutlak maksimum untuk pengiraan keamatan warna. Nilai-nilai mutlak pada atau lebih daripada tingkatan ini akan mempunyai keamatan tertinggi (kelegapan) dalam paparan peta suhu. Sebagai contoh, nilai potong 10% bermaksud warna menjadi semakin legap kerana nilai-nilai berkaitan menghampiri 10%, tetapi semua nilai-nilai di atas 10% akan berkongsi kelegapan yang sama.
Posisi Jadual
Menentukan posisi jadual Peta Suhu relatif kepada panel di mana ia dilukis. Secara lalai, tetapan adalah ditetapkan pada "Tengah" Peta Suhu adalah dipalamkan kepada kedudukan tengah panelnya. Menukar tetapan ini kepada "Kiri" atau "Kanan" menetapkan jadual ke bucu kiri atau kanan panel masing-masing.
Lebar Jadual (%)
Lebar jadual sebagai peratusan panel di mana jadual terletak. Nilai lalai adalah 100, di mana ia bermaksud bahawa jadual adalah selepas panel yang ia berada. Jika nilai adalah 0, lebar memenuhi kandungan dalam jadual, dan jadual boleh menjadi lebih besar daripada panel.
Tinggi Jadual (%)
Tinggi jadual sebagai peratusan panel di mana jadual terletak. Nilai lalai adalah 95, di mana ia bermaksud bahawa jadual adalah pendek sedikit daripada ketinggian panel yang mana ia berada. Jika nilai adalah 0, tinggi memenuhi kandungan jadual dan jadual boleh menjadi lebih tinggi daripada panel.
Tunjuk Purata
Togol kebolehlihatan baris "Purata", yang memaparkan peratusan perubahan purata untuk setiap bulan berdasarkan kepada data sejarah terkumpul (accumulated historical data).
Tunjuk Sisihan Piawai
Togol kebolehlihatan baris "StDev", yang memaparkan sisihan piawai peratusan perubahan sejarah untuk setiap bulan. Sisihan piawai mengukur serakan peratusan perubahan sepanjang min mereka. Menganalisa metrik ini boleh membantu pengguna menentukan sama ada perubahan bulan cenderung berbeza-beza atau kekal lebih stabil dalam beberapa tahun.
Tunjuk Peratus Positif
Togol kebolehlihatan baris "Pos%", Yang menunjukkan berapa banyak kejadian setiap bulan sepanjang tahun lepas yang mempunyai perubahan positif. Sebagai contoh, jika bulan yang sama mempunyai perubahan positif untuk enam tahun daripada sembilan yang direkodkan, nisbah "Pos%" akan menjadi 6 / 9 * 100 = 66.67%.
Bulan yang diabaikan
Tidak termasuk bulan tertentu dalam pengiraan penunjuk Seasonality. Untuk mengabaikan satu bulan, tulisnya dalam format "TTTT-BB". Pengguna boleh mengeluarkan beberapa bulan dengan mengasingkan mereka dengan koma dan ruang. Sebagai contoh, "2020-03, 2022-11" akan mengeluarkan Mac 2020 dan November 2022.