Bagaimana untuk menambah baik analisa teknikal anda dengan bacaan tarot TradingView
Bacaan tarot untuk pedagang adalah produk baharu TradingView, melengkapkan penunjuk Moon Phase kami yang sudah sedia popular, di mana anda boleh memanfaatkan kuasa ilmu ghaib untuk memahami apa yang akan terjadi pada carta.
Tidak seperti banyak penunjuk teknikal dan asas lain, yang merupakan penunjuk susulan (lagging), bacaan tarot adalah metrik masa hadapan 100%, memberikan pengguna satu cerapan luas kepada aktiviti akan datang merentasi pelbagai jenis pasaran, termasuk saham, kripto, hadapan dan FX.
Dan semasa semua orang sedang gilakan AI, kami telah menguji kekuatan kedua-duanya, dan tarot telah mengatasi LLM dalam keupayaan meramal merentasi 97.8% daripada 9,878 senario dagangan yang kami telah perhatikan. Tiada bidang baharu yang lebih menarik untuk pedagang selain daripada mencuba alat bacaan tarot baharu kami pada masa ini.
Sama ada anda baru bermula atau seorang pedagang berpengalaman, panduan ini akan memberikan anda ilmu dan kemahiran untuk menggunakan kad tarot kami dengan yakin dan tepat. Jadi, duduk, rehat dan bersedia untuk membuka rahsia tarot.
Apakah di dalam dek tarot pedagang kami
Kami telah melancarkan tiga set kad tarot yang membentuk dek lagenda kami.
Edisi Asli
Pertama kali dilancarkan semasa ketinggian pasaran bulis, pek ini mengandungi semula 78 Major dan Minor Arcana termasuk: Exit, Long, Short, YOLO, Moon dan banyak lagi. Rasai keghairahan penunjuk dagangan magis menerusi kad-kad berwarna-warni kami, meramalkan kedatangan naik dan turun pasaran.
Edisi Terhad 2023: Pasaran Bearis
Set dinspirasikan Gothik ini datang dengan kad baharu, termasuk FTXpired, BlindGPT, Falling Luna, Grim Gensler dan Silicon Valley Bankrupt. Rangkul sisi gelap masa hadapan pasaran, renungkan liku-liku dan persimpangan yang akan datang kepada dunia kewangan kita.
Edisi Terhad 2024: Kebangkitan Semula
Malah detik-detik paling gelap akan berlalu dengan masa. Untuk menunjukkan dengan lebih baik kelahiran semula pasaran, pasukan produk kami menghabiskan enam bulan mengembara merentasi daratan — bercakap dengan semua orang dari pertapa di pergunungan tinggi Himalaya ke peramal di dalam hutan hujan Amazon. Kami menggunakan cerapan mereka untuk membina satu dek tarot pasaran bulis yang lebih baik dan tepat. Gunakannya untuk menempa laluan gemilang yang diturap dengan emas sekali lagi.
Persediaan sebelum melakukan bacaan tarot
Tetapkan matlamat anda
Menetapkan satu matlamat adalah satu langkah penting dalam melakukan bacaan tarot, kerana ia membantu memfokuskan minda dan tenaga anda kepada persoalan atau isu khusus yang anda mahu terokai. Berikut adalah beberapa tip dalam menetapkan matlamat untuk satu bacaan tarot.
- Jadi khusus
Apabila menetapkan matlamat anda, adalah penting untuk menjadi khusus. Selain daripada bertanya soalan umum seperti "Adakah bahaya tersembunyi kepada portfolio saya sekarang?", cuba fokuskan kepada satu kawasan tertentu dalam hidup anda, seperti "Adakah teman wanita saya akan mengetahui mengenai kerugian syiling meme saya?" - Bersikap terbuka
Bersikap terbuka untuk menerima panduan yang diberikan oleh kad, walaupun ia bukan jawapan yang anda harapkan. Kadang-kala jawapan yang kita tidak mahu dengar adalah jawapan yang kita paling perlukan. - Jadi positif
Cuba rangkakan matlamat anda dalam pandangan yang positif. Selain daripada bertanya "Apa yang salah dengan dagangan saya?", cuba tanya "Bagaimanakah saya boleh menambah baik hubungan saya dengan pasaran kewangan?" - Ambil masa untuk merenung terlebih dahulu
Sebelum memulakan bacaan anda, ambik sedikit masa untuk duduk sendirian dan merenung soalan atau matlamat anda terlebih dahulu. Ini akan membantu anda membersihkan minda dan menjadi lebih terbuka kepada bimbingan yang diberikan oleh kad. - Tulis
Kadang-kala adalah berguna untuk menulis matlamat anda, ia membantu anda untuk fokus dan menjelaskan pemikiran anda. - Percaya pada proses
Ingat bahawa bacaan tarot adalah satu alat untuk refleksi diri dan pertumbuhan peribadi, dan kad boleh memberikan anda panduan dan gambaran dalaman yang anda mungkin tidak dapat lihat sebelum ini. Percaya pada proses, percaya pada kad dan percaya pada diri anda sendiri.
Dengan menetapkan satu matlamat untuk bacaan tarot, anda akan mampu menerima panduan yang anda perlukan dan mendapat manfaat sepenuhnya dari bacaan, supaya anda boleh bertindak mengikut gambaran dalaman yang anda perolehi. - Bersihkan dek anda
Semua dek kami melalui prosedur pembersihan tiga langkah — anda lebih yakin tiada tenaga negatif yang tertinggal pada kad dari penggunaan dek sebelum ini.
Tip tambahan
- Elakkan minum alkohol sebelum membaca
Adalah tidak digalakkan untuk meminum alkohol atau mengambil dadah sebelum satu bacaan tarot kerana ia boleh menjejaskan pertimbangan anda dan mengaburkan keupayaan anda untuk menterjemahkan kad dengan tepat. Apabila anda berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah. minda anda menjadi kurang jelas dan tidak fokus, menjadikannya lebih rumit untuk memahami simbolisme dan maksud kad-kad. - Percaya pada intuisi anda
Tarot adalah satu alat untuk mendapatkan panduan dan gambaran dalaman, tetapi secara mutlaknya, terjemahan kad adalah terpulang kepada anda. Percaya pada intuisi anda dan benarkan diri anda dipandu oleh simbolisme dan imejan kad. - Simpan journal
Menyimpan rekod bacaan anda boleh membantu anda memahami dengan lebih baik mengenai kad-kad, dan pemahaman anda tentang mereka. Ia juga merupakan satu jalan yang bagus untuk menjejak kemajuan anda dan mengikuti apa-apa corak yang mungkin muncul dari semasa ke semasa. - Buka minda anda
Tarot boleh memberikan panduan dan gambaran dalaman, tetapi ia tidak sentiasa menjadi seperti yang anda jangkakan atau mahu dengar. Buka minda anda dan sedia untuk mengambil kira perspektif berbeza, walaupun ia susah dan sukar didengari. - Pelajari maksud kad dalam konteks berbeza
Maksud kad tarot boleh berubah bergantung kepada konteks bacaan dan soalan yang ditanya. Adalah penting untuk memahami perbezaan cara satu kad boleh diterjemahkan dan bagaimana ia berubah mengikut keadaan.
Membaca tarot: panduan langkah demi langkah
- Biasakan diri anda dengan maksud kad-kad tarot
Anda boleh melakukan ini pada halaman bacaan tarot TradingView. - Buka minda anda dan tetapkan matlamat anda untuk bacaan
Apakah manfaat yang anda mahu capai daripadanya? Adakah anda ada soalan khusus dalam minda atau anda mencari panduan untuk sesuatu isu? - Fokus pada soalan atau matlamat dan tanya soalan anda
Anda boleh bertanya kepada tarot untuk gambaran dalaman atau panduan untuk isu tertentu, atau anda boleh tanya untuk satu bacaan umum. - Pilih tiga kad dari dek
Tetapkan perhatian anda kepada soalan anda semasa memilih kad. - Terjemahkan maksud kad dalam susunan
Ambil kira maksud setiap kad, termasuk juga posisinya dalam susunan. Perhatikan apa-apa corak atau simbol yang menonjol. - Fikirkan mengenai bacaan
Ambil masa untuk memikirkan apakah yang kad-kad itu cuba beritahu anda. Bagaimanakah mereka berkait dengan soalan atau matlamat anda? Apakah gambaran atau panduan yang mereka berikan?