Sektor & Industri - Tidak Tahan Lama
Menurut pengelasan FactSet Industries and Economic Sectors, kategori Tidak Tahan Lama termasuk sektor yang mengeluarkan barangan pengguna dengan jangka hayat pendek, seperti makanan, minuman, tembakau, produk rumah dan peribadi, pakaian, kasut dan barangan pengguna lain. Sektor-sektor ini memfokuskan kepada pengilangan produk yang digunakan dengan pantas dan memerlukan penggantian yang kerap.
Sektor | Industri | Rumusan |
---|---|---|
Mineral Tenaga | Pengeluaran Minyak dan Gas | syarikat terbabit dalam pembangunan, penerokaan, pengeluaran minyak dan gas |
Minyak Bersepadu | syarikat terbabit dalam pembangunan, penerokaan, pengeluaran minyak dan gas, termasuk penghantaran dan penapisan produk petroleum dan gas asli | |
Penapisan/Pemasaran Minyak | syarikat yang mengilangkan, menapis dan memasarkan produk petroleum | |
Arang Batu | mengandungi syarikat yang melombong, memproses dan mengedarkan arang batu dan lignit | |
Industri Pemprosesan | Bahan Kimia: Dipelbagaikan Utama | syarikat yang memproses secara kimia bahan mentah organik dan bukan organik dan memformulakan beberapa barisan produk bahan kimia untuk pelbagai industri |
Bahan Kimia: Pengkhususan | syarikat yang memproses secara kimia bahan mentah organik dan bukan organik dan memfokuskan secara khusus pada satu barisan produk bahan kimia | |
Bahan Kimia: Pertanian | syarikat yang memproses secara kimia bahan mentah organik dan bukan organik dan memformulakan produk bahan kimia untuk pertanian companies that chemically process organic and inorganic raw materials and formulate chemical products for agriculture | |
Tekstil | syarikat yang menyediakan dan menggulung fibre dan menenun fabrik kepada produk mentah. Syarikat yang termasuk dalam industri ini mengeluarkan produk yang kemudiannya dikilangkan kepada produk akhir | |
Komoditi/Pengilangan Pertanian | syarikat ini terbabit dalam pengeluaran tanaman dan makanan haiwan, serta pengurusan ternakan | |
Pulpa dan Kertas | syarikat yang membuat pulpa, kertas (dari pulpa), atau menukar produk kertas (mengasingkan fiber dari kayu) | |
Bekas/Pembungkusan | syarikat yang memproses bahan utama kepada pelbagai bekas dan/atau bahan pembungkusan | |
Pengkhususan Industri | syarikat yang memproses bahan kimia biasa dan mineral kepada produk khusus | |
Teknologi Kesihatan | Farmaseutikal : Utama | syarikat yang menemui, membangun dan mengilangkan ubatan secara kimia dengan berasaskan terapeutik dan pencegahan dan produk perubatan lain. Syarikat yang termasuk dalam industri ini selalunya memantau keseluruhan proses pembangunan ubatan (penyelidikan, uji kaji, penghasilan, pengedaran dll) |
Farmaseutikal: Lain-lain | syarikat yang sama ada menemui, membangun dan mengilangkan ubatan secara kimia dengan berasaskan terapeutik dan pencegahan dan produk perubatan lain. Syarikat yang termasuk dalam industri ini selalunya berkerjasama dengan syarikat farmaseutikal lain | |
Farmaseutikal: Generik | syarikat yang terlibat dalam pengeluaran ubatan secara kimia dengan berasaskan terapeutik dan pencegahan dan produk perubatan lain | |
Bioteknologi | syarikat yang terlibat dalam menggunakan kejuruteraan genetik (genomik) dan/atau kejuruteraan protein (proteomics) untuk menghasilkan ubatan secara kimia dengan berasaskan terapeutik dan pencegahan, dan produk diagnostik perubatan. Syarikat yang mengeluarkan peralatan bioteknologi dan memberikan perkhidmatan kepada industri biotech juga termasuk dalam industri ini | |
Pengkhususan Perubatan | syarikat yang membangun dan mengeluarkan peralatan dan teknologi yang direka khusus untuk industri penjagaan kesihatan | |
Pengguna Tidak Tahan Lama | Makanan: Dipelbagaikan Utama | syarikat yang memproses produk pertanian kepada produk untuk kegunaan akhir. Syarikat yang termasuk dalam industri ini selalunya mengeluarkan satu rangkaian makanan |
Makanan: Khusus/Gula-gula | syarikat yang memproses produk pertanian kepada produk untuk kegunaan akhir. Syarikat yang termasuk dalam industri ini selalunya mengeluarkan satu rangkaian makanan | |
Makanan: Daging/Ikan/Tenusu | syarikat yang memproses ternakan, ikan, ayam itik dan susu mentah (atau produk sampingan tenusu) kepada produk makanan untuk kegunaan akhir | |
Minuman: Tidak Beralkohol | syarikat yang terlibat dalam pengeluaran (pengilangan, pembotolan dan pengedaran) minuman tidak beralkohol | |
Minuman: Beralkohol | syarikat yang terlibat dalam pengeluaran (pengilangan, pembotolan dan pengedaran) minuman malt, minuman keras yang disuling dan dicampur, dan minuman beralkohol lain | |
Tembakau | syarikat yang terlibat dalam pengewapan dan pengeringan tembakau. Selain daripada itu, ia mengandungi syarikat yang mengeluarkan dan mengedarkan rokok, cerut dan produk tembakau kunyah | |
Penjagaan Isi Rumah/Peribadi | syarikat yang mengilangkan produk pembersihan kediaman dan produk penjagaan peribadi pengguna | |
Pakaian/Kasut | syarikat yang sama ada mengait, memotong dan menjahit fabrik kepada pakaian untuk lelaki, wanita, remaja dan bayi atau yang memproses kulit, getah atau gantian kulit kepada kasut | |
Serbaneka Pengguna | syarikat yang mengilangkan barangan pengguna tidak tahan lama. Syarikat sebegini tidak dikelaskan di mana-mana |