Sektor & Industri - Perkhidmatan

Menurut pengelasan FactSet Industries and Economic Sectors, kategori Perkhidmatan adalah termasuk sektor yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan tidak ketara (intangible) kepada pengguna dan perniagaan. Kategori ini merangkumi industri seperti perkhidmatan perindustrian, perkhidmatan komersil,  perkhidmatan pengagihan, perkhidmatan teknologi, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan pengguna dan dagangan runcit, yang memenuhi pelbagai aspek ekonomi dan kehidupan harian.

Sektor
Industri
Rumusan

Perkhidmatan Perindustrian

Penggerudian Kontrak

syarikat yang membekalkan perkhidmatan penggerudian dalam dan luar pesisir kepada syarikat minyak dan gas besar bebas mengikut kontrak atau yuran

Perkhidmatan/Peralatan Medan Minyak (Oilfield)

syarikat yang membekalkan pelbagai perkhidmatan dan peralatan yang direka khusus untuk syarikat dalam industri minyak dan gas

Kejuruteraan dan Pembinaan

syarikat yang membekalkan perkhidmatan kontrak pembinaan bangunan bukan kediaman dan bangunan biasa

Perkhidmatan Persekitaran

syarikat yang secara utamanya terbabit dalam pengumpulan, pelupusan dan penggunaan semula kedua-dua sisa bahaya dan tidak bahaya atau mengoperasikan loji insenerator, loji rawatan sisa dan sistem tapak pelupusan sampah dan sistem pembetungan

Talian Paip Minyak dan Gas

syarikat yang mengumpul. memasarkan dan menghantar gas asli dan minyak

Perkhidmatan Komersil

Perkhidmatan Komiersial Lain-lain

syarikat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan biasa. Syarikat-syarikat ini tidak dikelaskan di mana-mana

Perkhidmatan Pengiklanan/Pemasaran

syarikat yang mencipta dan/atau menjual kempen promosi dan perkhidmatan berkaitan atau memberikan analisis pasaran dan perkhidmatan perundingan

Percetakan/Borang Komersil

syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan

Perkhidmatan/Penerbitan Kewangan

syarikat yang membekalkan produk bermaklumat dan perkhidmatan kepada komuniti pelaburan

Perkhidmatan Kakitangan

syarikat yang membekalkan solusi kakitangan tetap dan/atau sementara, termasuk perkhidmatan lain yang berkaitan

Perkhidmatan Pengagihan

Pengedar Borong

syarikat yang terlibat dalam penjualan atau mengatur pembelian barangan untuk jualan semula

Pengedar Makanan

syarikat yang memborong barisan umum produk runcit, makanan sejuk beku berbungkus, produk tenusu, buahan dan sayuran, produk daging dan ayam, dan makanan laut

Pengedar Elektronik

syarikat yang memborong komputer, perisian dan peralatan lain kepada penjual semula dan perniagaan

Pengedar Perubatan

syarikat yang memborong produk dan peralatan perubatan

Perkhidmatan Teknologi

Perkhidmatan Pemprosesan Data

syarikat yang membekalkan perkhidmatan pemprosesan data elektronik

Perkhidmatan Teknologi Maklumat

syarikat yang menyediakan solusi teknologi maklumat menerusi satu atau lebih aktiviti berikut: perkhidmatan pengaturcaraan komputer tersuai, penyepaduan perkakasan, perisian dan teknologi komunikasi; dan pengurusan di tapak dan pengoperasian sistem komputer pelanggan

Perisian Berbungkus

syarikat yang mereka dan melesenkan produk perisian komputer, yang selalunya dihasilkan secara besar-besaran

Perkhidmatan/Perisian Internet

syarikat yang menyediakan program dan perkhidmatan kepada komuniti Internet

Perkhidmatan Kesihatan

Penjagaan Kesihatan Terurus

syarikat yang menguruskan dan memasarkan produk pelbagai health maintenance organization (HMO) dan pelan preferred provider organization plans (PPO)

Pengurusan Hospital/Kejururawatan

syarikat yang mempunyai dan mengoperasikan fasiliti jagaan kesihatan

Perkhidmatan Perubatan/Kejururawatan 

syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perubatan kepada industri kesihatan

Perkhidmatan kepada Industri Kesihatan

syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perubatan kepada industri kesihatan

Perkhidmatan Pengguna

Konglomerat Media

syarikat yang terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga daripada segmen berikut: penyiaran, television kabel, penerbitan, dan filem/hiburan. Syarikat yang termasuk dalam industri ini mempunyai kedudukan dominan dalam segmen yang disebutkan, tanpa satu segmen pendapatan utama antara industri-industri tersebut
Penyiaran

syarikat yang mengendalikan fasiliti penyiaran untuk radio dan/atau penyampaian program television melalui udara

TV Kabel/Satelit

syarikat yang mengendalikan fasiliti penyiaran untuk program pada langganan atau berasaskan yuran melalui sistem kabel atau sistem satelit rumah

Penerbitan: Surat Khabar

syarikat yang terlibat dalam penerbitan dan pemasaran jurnal berita dan harian

Penerbita : Buku/Majalah

syarikat yang terlibat dalam penerbitan dan pemasaran buku dan terbitan berkala

Filem/Hiburan

syarikat yang menghasilkan dan mengedarkan gambar bergerak dan/atau menyediakan perkhidmatan hiburan am

Restoran

syarikat yang menyediakan makanan, snek dan minuman untuk kegunaan segera

Hotel/Resort/Syarikat Pelayaran

syarikat yang mengendalikan dan menguruskan kemudahan penginapan, pusat peranginan dan kapal persiaran (tidak termasuk kasino)

Kasino/Perjudian

syarikat yang mengendalikan kemudahan perjudian (atau kemudahan penginapan dengan kasino di premis)  atau menyediakan perkhidmatan perjudian

Perkhidmatan Pengguna Lain

syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelanggan. Syarikat sebegini tidak dikelaskan di mana-mana

Dagangan Runcit

Runcit Makanan

kedai yang menjual barangan makanan dan minuman dan produk isi rumah sampingans

Rantaian Kedai Ubat

kedai yang menjual barangan kesihatan (ubat preskripsi atau bukan preskripsi) dan jagaan peribadi

Gedung Serbaneka

kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian, kelengkapan rumah, dan peralatan/elektronik rumah, tanpa satu pun susunan produk yang mendominasi. Syarikat yang mempunyai dan mengendalikan kedai-kedai pelbagai juga termasuk dalam industri ini

Kedai Diskaun

kedai yang menjual pelbagai barangan diskaun dan mengendalikan kelab gudang barangan am

Runcit Pakaian/Kasut

kedai yang menjual pakaian dan kasut runcit lelaki, perempuan, kanak-kanak dan bayi

Rantaian Penambahbaikan Rumah

kedai yang menjual barangan penambah baikan rumah dan barangan do-it-yourself (DIY), terutamanya menerusi kedai berformatkan gudang primarily through warehouse-format style stores

Kedai Elektronik/Perkakasan

kedai yang menjual barangan elektronik dan perkakasan runcit atau yang mengendalikan kedai yang menyewa dan menjual pita video dan cakera prarakam.

Kedai Khusus

edai yang menjual barangan runcit, terutamanya dengan fokus kepada satu barisan produk. Syarikat-syarikat ini tidak dikelaskan di mana-mana 

Pengagihan Katalog/Khusus

syarikat yang menawarkan perkhidmatan jualan bukan kedai menerusi pesanan mel rumah dan saluran agihan lain

Runcit Internet

syarikat yang menawarkan perkhidmatan jualan elektronik menerusi Internet (selalunya dikenali sebagai e-dagang) untuk pelbagai jenis produk