Volume Delta

Penunjuk Volume Delta menggunakan volum intrabar dan turun naik harga untuk menentukan perbezaan (delta) antara tekanan belian atau jualan dalam setiap bar carta, memberikan pandangan ke dalam sentimen instrumen dan dinamik pasaran. 

Penunjuk menganalisa setiap bar carta dari satu rangka masa intrabar (iaitu, satu rangka masa lebih rendah dari rangka masa carta), mengkategorikan setiap volum intrabar sebagai positif atau negatif. Ia dikumpul secara beransur-ansur nilai-nilai volum terkutub sepanjang satu bar carta untuk mengira volume delta, dan ia menjejak nilai-nilai volume delta tertinggi dan terendah yang boleh dicapai sepanjang tempoh masa bar.

Selepas melakukan analisa ini pada satu bar, penunjuk memplotkan satu lilin untuk menunjukkan hasil:

  • Nilai buka lilin selalunya adalah 0.
  • Penutup lilin menunjukkan nilai akhir bar untuk volume delta.
  • Tinggi menunjukkan volume delta tertinggi dikira sepanjang tempoh masa bar.
  • Rendah menunjukkan volume delta terendah dikira sepanjang tempoh masa bar.

Pengiraan

Penunjuk Volume Delta mengimbas volum dan tindakan harga sepanjang bar-bar rangka masa lebih rendah dalam setiap bar carta untuk mengira nilai-nilai volume delta. Untuk melakukan ini, ia perlu pertamanya menentukan rangka masa intrabar untuk dianalisa. 

Pengguna boleh menentukan rangka masa lebih rendah secara manual atau membiarkan penunjuk menentukan rangka masa. Secara lalai, ia memilih rangka masa secaraa automatik berdasarkan kepada rangka masa carta menggunakan peraturan berikut:

Rangka masa carta

Rangka masa digunakan untuk pengiraan

Saat

1S

Minit atau Jam

1

Harian

5

Lain-lain

60


Apabila memilih rangka masa satu intrabar secara manual, adalah penting untuk diketahui bahawa rangka masa lebih rendah memberikan ketepatan lebih tinggi dengan liputan bar carta lebih rendah. Rangka masa lebih tinggi memberikan lebih banyak data sejarah, tetapi nilai volume delta akan menjadi kurang tepat. 

Selepas pemilihan rangka masa, penunjuk menganalisa arah intrabar yang ada untuk mengkategorikan volum mereka dan mengira delta pada setiap bar.

Jika harga buka intrabar tidak sama dengan harga tutup:

  • Ia mengira volum positif intrabar dan menambahkan nilai kepada jumlah bar carta jika harga tutup melebihi harga buka. 
  • Ia mengira volum negatif intrabar dan menolak dari jumlah bar carta jika harga tutup lebih rendah dari harga buka. 

Jika harga buka dan tutup intrabar adalah sama:

  • Ia mengira volum positif intrabar dan menambahkan nilai kepada jumlah bar carta jika harga tutup melebihi harga buka intrabar sebelumnya.
  • Ia mengira volum negatif intrabar dan menolak dari jumlah bar carta jika harga tutup lebih rendah dari harga tutup intrabar sebelumnya. 
  • Jika harga tutup sama dengan harga tutup intrabar sebelumnya, penunjuk meletakkan status positif/negatif intrabar sebelumnya kepada intrabar semasa.

Input

Guna rangka masa tersuai

Menentukan sama ada pengguna memilih secara manual rangka masa lebih rendah. Jika tidak digunakan, 

(lalai), penunjuk memilih rangka masa secara automatik. Jika tidak, ia menggunakan nilai yang ditetapkan dalam input "Rangka Masa" di bawah. 

Rangka Masa

Menentukan rangka masa intrabar yang digunakan untuk pengiraan volume delta apabila "Guna  rangka masa tersuai" diaktifkan. Rangka masa lebih tinggi memberikan lebih banyak data sejarah tetapi dengan ketepatan lebih rendah. Rangka masa lebih rendah merangkumi bar-bar carta lebih rendah tetapi menawarkan ketepatan lebih tinggi.