Cumulative Volume Delta

Penunjuk Cumulative Volume Delta menggunakan volum intrabar dan turun naik harga untuk menentukan perbezaan (delta) antara tekanan belian atau jualan dalam setiap bar carta, dan ia mengumpulkan hasil setiap bar sepanjang satu tempoh masa tertentu untuk memberikan perspektif lebih luas tentang hubungan antara aktiviti volum dan harga. 

 Penunjuk menganalisa setiap bar carta dari satu rangka masa intrabar (iaitu, satu rangka masa lebih rendah dari rangka masa carta), mengkategorikan setiap volum intrabar sebagai positif atau negatif. Ia dikumpul secara beransur-ansur nilai-nilai volum terkutub sepanjang satu bar carta untuk mengira volume delta, dan ia menjejak nilai-nilai volume delta tertinggi dan terendah yang boleh dicapai sepanjang tempoh masa bar. 

Tidak seperti penunjuk Volume Delta, yang hanya menganggarkan volume delta untuk bar-bar carta individu, penunjuk Cumulative Volume Delta mengumpulkan volume delta sepanjang satu tempoh masa untuk memberikan perspektif lebih luas. Setiap volume delta baharu bar ditambahkan kepada nilai terkumpul yang dikira pada bar sebelumnya. Satu-satunya pengecualian adalah apabila tempoh masa baharu bermula, yang memulakn semula pengiraan kumulatif.

Selepas mengira nilai kumulatif tempoh masa pada bar, penunjuk memplotkan satu lilin untuk mewakili hasil:

  • Nilai buka lilin adalah titik mula pengiraan bar. Apabila bar adalah pertama dalam satu tempoh masa, lilin sentiasa membuka pada 0. Sebaliknya, nilai buka adalah sama dengan nilai tutup dari lilin CVD  sebelumnya. 
  • Nilai tutup lilin mewakili jumlah nilai akhir volume delta dan jumlah volume delta yang dikumpul dari bar-bar sebelumnya dalam tempoh masa itu. 
  • Tinggi menunjukkan nilai kumulatif volume delta tertinggi yang dikira sepanjang tempoh bar.
  • Rendah menunjukkan nilai kumulatif volume delta terendah yang dikira sepanjang tempoh bar.

Pengiraan

Penunjuk Cumulative Volume Delta mengimbas volum dan tindakan harga sepanjang bar-bar rangka masa lebih rendah dalam setiap bar carta untuk mengira nilai-nilai volume delta. Untuk melakukan ini, ia perlu pertamanya menentukan rangka masa intrabar untuk dianalisa.  

Pengguna boleh menentukan rangka masa lebih rendah secara manual atau membiarkan penunjuk menentukan rangka masa. Secara lalai, ia memilih rangka masa secara automatik berdasarkan kepada rangka masa carta menggunakan peraturan berikut:

Rangka masa carta

Rangka masa digunakan untuk pengiraan 

Saat 

1S

Minit atau Jam 

1

Harian 

5

Lain-lain 

60


Apabila memilih rangka masa satu intrabar secara manual, adalah penting untuk diketahui bahawa rangka masa lebih rendah memberikan ketepatan lebih tinggi dengan liputan bar carta lebih rendah. Rangka masa lebih tinggi memberikan lebih banyak data sejarah, tetapi nilai volume delta akan menjadi kurang tepat.  

Selepas pemilihan rangka masa, penunjuk menganalisa arah intrabar yang ada untuk mengkategorikan volum mereka dan mengira delta pada setiap bar. 

Jika harga buka intrabar tidak sama dengan harga tutup:

  • Ia mengira volum positif intrabar dan menambahkan nilai kepada jumlah bar carta jika harga tutup melebihi harga buka. 
  • Ia mengira volum negatif intrabar dan menolak dari jumlah bar carta jika harga tutup lebih rendah dari harga buka. 

Jika harga buka dan tutup intrabar adalah sama:

  • Ia mengira volum positif intrabar dan menambahkan nilai kepada jumlah bar carta jika harga tutup melebihi harga buka intrabar sebelumnya.
  • Ia mengira volum negatif intrabar dan menolak dari jumlah bar carta jika harga tutup lebih rendah dari harga tutup intrabar sebelumnya. 
  • Jika harga tutup sama dengan harga tutup intrabar sebelumnya, penunjuk meletakkan status positif/negatif intrabar sebelumnya kepada intrabar semasa.

Akhirnya, selepas mengira nilai volume delta bar, penunjuk menambahkan nilai-nilai tersebut kepada jumlah dijalankan untuk tempoh masa semasa untuk mengira volume delta kumulatif buka, tinggi, rendah dan tutup pada bar tersebut. Jumlah dijalankan ditetapkan semula kepada 0 setiap kali tempoh masa baharu bermula.

Input

Tempoh sauh (anchor period)

Menentukan saiz tempoh masa pengiraan. Pada permulaan setiap tempoh masa baharu, penunjuk menetapkan semula pengumpulan volume delta nya, dan lilin CVD bar terkini bermula pada 0. Pada bar lain, penunjuk menambahkan volume delta setiap bar kepada jumlah tempoh dijalankan, dan nilai buka lilin CVD semasa adalah sama dengan nilai tutup lilin sebelumnya. 

Guna rangka masa tersuai

Menentukan sama ada pengguna memilih secara manual rangka masa lebih rendah. Jika tidak digunakan, 

(lalai), penunjuk memilih rangka masa secara automatik. Jika tidak, ia menggunakan nilai yang ditetapkan dalam input "Rangka Masa" di bawah. 

Rangka Masa

Menentukan rangka masa intrabar yang digunakan untuk pengiraan volume delta apabila "Guna rangka masa tersuai" diaktifkan. Rangka masa lebih tinggi memberikan lebih banyak data sejarah tetapi dengan ketepatan lebih rendah. Rangka masa lebih rendah merangkumi bar-bar carta lebih rendah tetapi menawarkan ketepatan lebih tinggi.