Apakah GAAP dan bukan GAAP?
GAAP (Generally Accepted Accounting Principles) dan IFRS (International Financial Reporting Standards) adalah standard yang perlu dipatuhi syarikat apabila membuat penyata kewangan mereka. Akan tetapi, standard ini termasuk satu kali (one-off), tidak biasa (irregular) atau bahan bukan tunai dalam keuntungan dan hasil yang dilaporkan.
Syarikat selalunya menambahkan metrik bukan GAAP ke dalam laporan standard mereka untuk memberikan gambaran lebih jelas mengenai prestasi perniagaan mereka yang sedang berlangsung. Metrik-metrik ini dilaraskan dengan membuang impak perkara hapus guna (non-recurring item), memberikan satu pandangan yang lebih normal untuk operasi tunjang syarikat.
Di platform kami, penyata kewangan utama diberikan dalam standard GAAP. Akan tetapi, kami juga menawarkan data bukan GAAP dan ramalan untuk pendapatan dan hasil.
Sumber data bukan GAAP
Kami mendapat data bukan GAAP dari penyedia data kewangan secara ekslusif untuk metrik pendapatan dan hasil. Ada dua sumber utama untuk data bukan GAAP:
- Maklumat yang ditunjukkan oleh syarikat itu sendiri semasa keluaran pendapatan (earnings release) mereka. Perkhidmatan berita dikhususkan seperti PR Newswire dan Business Wire mengumpul dan menyebarkan pengumuman ini dari syarikat-syarikat seluruh dunia.
- Jika sesebuah syarikat tidak melaporkan satu metrik bukan GAAP tertentu, ia boleh dikira dengan mengambil median purata yang diberikan oleh pakar pasaran. Ramalan konsensus sedemikian akan dikemas kini selepas keputusan sebenar telah dikeluarkan.