Carta volume footprint

Definisi

Volume footprint adalah satu alat pencartaan berkuasa yang memvisualkan pengagihan volum dagangan merentasi beberapa tingkatan harga untuk setiap lilin pada satu rangka masa khusus, memberikan pedagang maklumat tambahan untuk membantu mengenalpasti kawasan kecairan tinggi atau aktiviti dagangan ketara. Pengguna dengan pelan Premium atau lebih tinggi boleh melihat volume footprint pada carta mereka dengan memilih pilihan "Volume footprint " dari menu lungsur turun jenis carta.

Secara lalai, jenis carta ini memaparkan taburan volum penjual ke bahagian kiri setiap lilin dan volum pembeli ke bahagian kanan dengan pilihan kecerunan warna yang menunjukkan keamatan relatif volum pada setiap tingkatan, dan ia meletakkan garisan menegak di sebelah tingkatan dalam taburan untuk menyerlahkan kawasan penting dengan ketidakseimbangan. Sebagai tambahan, ia menunjukkan Kawasan Nilai (Value Area - VA) dan Titik Kawalan (Point of Control - POC) dan ia memaparkan delta volum dan maklumat jumlah volum di bawah setiap lilin.

Pengiraan

Sumber data volum

Jenis carta ini mendapatkan data volum dari beberapa rangka masa intrabar, seperti rangka masa lebih rendah daripada carta, untuk pengiraan sejarahnya. Rangka masa beransur menaik dengan pengurangan data sejarah, bermula dari rangka masa terendah yang ada. Dengan kata lain, semakin ke dalam sejarah carta, semakin tinggi rangka masa intrabar untuk data volum. Footprint untuk lilin-lilin terkini carta adalah paling tepat kerana ia menggunakan maklumat granular dalam pengiraan mereka.

Susunan di mana carta meminta rangka masa intrabar untuk pengiraannya adalah 1S, 15, 60 dan kemudian 1H. Rangka masa intrabar tertinggi dipinta untuk historical footprint adalah bergantung kepada rangka masa carta. 

Kategori volum

Carta Volume footprint mengkategorikan volum sebagai "beli" atau "jual" bergantung kepada pergerakan harga intrabar. Ia menggunakan algoritma berikut untuk menentukan kategori untuk setiap nilai volum:

  • jika penutup intrabar adalah lebih besar daripada bukaannya, ia menugaskan volum kepada kategori "beli".
  • jika penutup intrabar adalah lebih kecil daripada bukaannya, ia menugaskan volum kepada kategori  "jual".
  • jika harga tutup adalah sama dengan harga buka:
    • volum akan tergolong dalam kategori "beli" jika intrabar semasa menutup melebihi harga tutup intrabar sebelumnya.
    • volum akan tergolong dalam kategori "jual" jika intrabar semasa menutup di bawah harga tutup intrabar sebelumnya.
    • volum berada dalam kategori yang sama seperti intrabar sebelumnya jika harga penutup mereka adalah sama.

Carta mengumpulkan volum yang dikategorikan sepanjang rangka masa lebih rendah pada tingkatan harga berbeza untuk membina perwakilan footprint.

Penentuan ketidakseimbangan

Satu pasaran yang seimbang adalah di mana ada keseimbangan antara bekalan dan permintaan, yang mengakibatkan terjadinya harga yang stabil. Sebaliknya, satu pasaran tidak seimbang terjadi apabila ada perbezaan ketara antara bekalan dan permintaan (supply and demand), yang menyebabkan pergerakan harga yang ketara.

Carta Volume footprint mengesan satu ketidakseimbangan belian apabila volum "beli" pada satu tingkatan harga melebihi volum "jual" pada satu tingkatan harga lebih rendah pada peratusan tertentu. Perkara yang sama terjadi, ia mengesan ketidakseimbangan apabila volum "jual" pada satu tingkatan harga melebihi volum "beli" pada satu tingkatan harga lebih tinggi pada peratusan tertentu. Pengguna boleh mengawal peratusan dengan memilih volum "beli" hendaklah melebih volum "jual" atau sebaliknya, untuk mengesan ketidakseimbangan melalui input "ketidakseimbangan" dalam tetapan carta. Secara lalai, nilainya adalah 300% (iaitu volum satu bahagian mestilah 3 kali ganda volum bahagian yang lain).

 

Apabila ia mengesan satu ketidakseimbangan "jual", carta akan memaparkan satu garisan menegak di bahagian kanan tingkatan harga. Apabila satu ketidakseimbangan "jual" terjadi, satu garisan menegak akan muncul di bahagian kiri tingkatan harga.

Dalam contoh yang diberikan, perbandingan berurutan volum pada tingkatan berbeza akan dilakukan. Untuk setiap perbandingan, penilaian akan menentukan sama ada volum lebih besar untuk pasangan melebihi ambang ketidakseimbangan, menurut kepada formula: max(buy, sell) ≥ (imbalance percentage / 100) * min(buy, sell). 

Pengiraan awal adalah seperti berikut: 506.37 ("buy") ≥ (300 / 100) * 166.433 ("jual). Pernyataan ini adalah benar, menunjukkan satu ketidakseimbangan beli. Perbandingan seterusnya mematuhi logik yang sama: tingkatan 3 "beli" dibandingkan dengan tingkatan 2 "jual", dan tingkatan 4 "beli" dengan tingkatan 3 "jual".

Pedagang selalunya menganalisa footprint volum untuk mengenalpasti keadaan seimbang dan tidak seimbang dalam pasaran. Dalam satu pasaran yang seimbang, footprint volum mungkin menunjukkan volum dagangan yang diagihkan secara seimbang merentasi pelbagai tingkatan harga, menunjukkan kestabilan dan keseimbangan. Sebaliknya, dalam satu pasaran tidak seimbang, footprint volum mungkin mendedahkan kelompok volum dagangan tinggi pada tingkatan harga tertentu, mencadangkan kawasan ketidakstabilan bekalan dan permintaan dan trend harga berpotensi.

Tafsiran

Aliran pesanan

Semasa proses pelaksanaan pesanan, peserta pasaran terbabit dalam carian untuk satu kestabilan harga yang memuaskan kedua-dua pembeli dan penjual, menghasilkan satu transaksi. Volum yang dijana untuk setiap transaksi menentukan sumbangannya kepada tekanan belian atau jualan dalam pasaran. Dalam kes di mana bekalan melebihi permintaan, pergerakan harga ke bawah akan terjadi kerana pasaran mencari satu kedudukan yang lebih menguntungkan pembeli. Sebaliknya, jika permintaan untuk satu aset melebih bekalan, harga akan menaik sehinggalah ada penjual yang mencukupi yang mahu menjual.

Menganalisa penumpuan aktiviti belian dan jualan merentasi tingkatan harga dalam carta Volume footprint boleh memberikan pemahaman mendalam kepada penguasaan pembeli dan penjual, keseimangan atau ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan, dan kawasan kecairan meningkat (iaitu kawasan dengan penumpuan besar aktiviti dagangan). Pedagang boleh menggunakan pemahaman ini untuk mengukur sentimen pasaran dan mengenalpasti peluang dagangan.

Lelongan gagal (failed auction)

Dalam teori Auction Market, failed auction adalah satu corak di mana pasaran gagal untuk menetapkan satu harga baharu untuk satu instrumen, menyebabkan ia pulang kepada harga sebelumnya. Pedagang selalunya menganalisa lelongan gagal dengan alatan seperti Profil Pasaran, tetapo mereka juga boleh mencari keadaan corak sedemikian dengan menggunakan footprint.

Satu lelongan gagal selalunya terjadi apabila satu bahagian pasaran, sama ada pembeli atau penjual, gagal menarik penyertaan mencukupi untuk mengekalkan aktiviti dagangan pada satu tingkatan harga, menyebabkan satu balikan pantas harga kerana peserta pasaran menilai semula dan menyesuaikan kedudukan mereka. Lelongan gagal selalunya dikaitkan dengan ketidakstabilan tinggi dan mereka boleh menunjukkan satu titik perubahan penting dalam pasaran.

Pedagang dan penganalisis selalu menumpukan perhatian kepada lelongan gagal kerana ia dapat memberikan gambaran berguna kepada dinamik pasaran dan peluang dagangan. Mengenalpasti lelongan gagal akan membantu pedagang mengenalpasti tingkatan sokongan dan rintangan serta menjangkakan corak balikan berpotensi. 

Contoh di bawah menunjukkan kes di mana harga bergerak semakin ke atas dengan setiap bar dengan masa yang sama volum pembeli semakin berkurangan. Pada bar keempat dalam imej, ketidakseimbangan antara penjual dan pembeli telah mencapai satu titik di mana pembeli tidak mampu terus menolak harga ke atas dan harga membalik semula ke bawah. Pedagang boleh menjelaskan kawasan ketidakseimbangan ini sebagai kemungkinan ia adalah satu tingkatan rintangan. Jika harga memecah tingkatan ini di masa hadapan, ia mungkin menunjukkan satu trend sedang berkembang.


Delta divergence

Delta divergence dalam carta volume footprint merujuk kepada percanggahan atau perselisihan antara pergerakan harga dan volum delta.

Positive delta divergence terjadi apabila harga semakin bergerak ke bawah, tetapi nilai-nilai delta menaik dan berkemungkinan mula bertukar positif. Sebaliknya, negative delta divergence terjadi apabila harga semakin menaik tetapi volum delta menurun atau bertukar negatif. Corak perbezaan ini selalunya menunjukkan bahawa walaupun ada tindakan harga terkini, tekanan belian atau jualan semakin berkurang, berkemungkinan menunjukkan pelemahan atau balikan trend semasa.

Contoh di bawah menunjukkan empat bar menurun, dua di mana mempunyai nilai delta positif. Dalam kata lain, bar-bar tersebut menunjukkan positive delta divergence.

Pedagang selalunya menganalisa delta divergence dalam carta footprint untuk membantu mereka mengenalpasti balikan atau perubahan berpotensi dalam arah pasaran. Akan tetapi, adalah penting untuk diambil kira faktor-faktor lain dan menggunakan alatan tambahan untuk mengesahkan divergence dan melakukan keputusan termaklum. 

Lebihan dagangan pada tingkatan harga ekstrem

Dalam teori lelongan pasaran (auction market theory), harga bergerak ke atas sehingga permintaan mengering atau berkurang sehingga permintaan habis. Pergerakan ini dipanggil satu lelongan lengkap (complete auction). Pada satu carta footprint, keadaan ini kelihatan seperti jualan sifar atau minimum pada tingkatan harga rendah atau jualan minimum pada tingkatan harga tinggi.

Dalam beberapa kes, satu keadaan dipanggil sebagai lelongan tidak lengkap (incomplete auction) mungkin berlaku, di mana perbezaan antara volum belian dan jualan sedikit berbeza relatif kepada perbezaan pada tingkatan sebelumnya. Keadaan ini mungkin menunjukkan bahawa penjejakan harga masih tidak lengkap, dan masih ada peserta pasaran yang berminat di atas tinggi semasa (current high) atau di bawah rendah semasa (current low). Secara asasnya, corak ini menunjukkan kemungkinan bahawa harga pasaran akan meneruskan pergerakan berarahnya melepasi julat semasa sehingga penamat lelongan.

Tetapan

Pilihan penyesuaian untuk carta Volume footprint adalah tersedia dalam tetapan carta, di mana pengguna boleh mengakses dari ikon "gear" dalam bar alat di atas carta, ikon pada bucu bawah kiri carta atau dari menu "Lebih" yang boleh diakses dengan mengklik tiga titik di sebelah nama simbol.


Lilin

Tetapan dalam bahagian "Lilin" adalah sama kepada carta candlestick biasa. Dari bahagian ini, pengguna boleh mengkonfigurasikan paparan candlestick.

Volume Footprint


Saiz baris

Mengawal bagaimana carta akan menentukan saiz setiap baris footprint (tingkatan). Ada dua pilihan tersedia untuk dipilih:

  • Pilihan "Automatik" menentukan bahawa carta akan mengira saiz secara automatik berdasarkan kepada nilai Average True Range terkini yang dinormalisasikan. Ia menggunakan formula: 0.2*NormalizedATR / MinimumTick. Carta mengira semula saiz apabila memilih jenis carta "Volume footprint" atau menukar simbol atau rangka masa. Apabila menggunakan pilihan ini, input di bawah menentukan panjang pengiraan ATR. 
  • Pilihan "Manual" menentukan bahawa carta akan menggunakan bilangan tick yang ditentukan dalam input "Tick per baris" di bawah.

Panjang ATR

Menetapkan panjang smoothing length untuk Average True Range yang digunakan untuk mengira bilangan tick setiap barisan footprint apabila input "Saiz baris" menggunakan pilihan "Automatik".

Tick setiap baris

Menetapkan bilangan tick setiap baris footprint apabila input "Saiz baris" menggunakan pilihan "Manual".

Jenis

Menentukan mod paparan footprint pada carta. Tiga pilihan tersedia:

  • Pilihan "Beli dan Jual" (lalai) memaparkan jumlah volum jual merentasi tingkatan ke kiri setiap lilin dan volum pembeli ke kanan.
  • Pilihan "Delta" akan memaparkan satu lajur ke kanan setiap bar yang menunjukkan volum delta (iaitu perbezaan antara volum pembeli dan penjual) pada setiap tingkatan.
  • Pilihan "Jumlah" akan memaparkan satu lajur ke kanan untuk setiap bar yang menunjukkan jumlah volum pada setiap tingkatan harga.

Gunakan kecerunan kepada latar belakang

Jika diaktifkan, warna latar belakang setiap tingkatan footprint akan berbeza berdasarkan volumnya berbanding kepada volum pada tingkatan lain. Carta menggunakan algoritma berikut untuk mengira warna kecerunan.

Algoritma penentuan warna:

  1. Menentukan volum maksimum dan minimum
  2. Mengira julat volum, iaitu perbezaan antara nilai volum maksimum dan minimum
  3. Menolak volum minimum volum semasa.
  4. Mengira nisbah nilai yang didapati dari langkah 3 dengan julat volum dari langkah 2.
  5. Menggunakan nisbah yang diperolehi dari langkah 4 untuk memilih satu warna dari pilihan yang ada:
    1. Pilih warna pertama jika nisbah kurang daripada 0.25.
    2. Pilih warna kedua jika nisbah adalah lebih besar atau sama dengan 0.25 dan kurang daripada 0.5.
    3. Pilih warna ketiga jika nisbah adalah lebih besar atau sama dengan 0.5 dan kurang daripada 0.75.
    4. Pilih warna keempat jika nisbah adalah lebih besar atau sama dengan 0.75.

  6. Ulangi langkah 3 ke 6 untuk setiap tingkatan harga 

Apabila jenis footprint adalah "Beli dan jual" atau "Delta", carta mengira kecerunan untuk bahagian beli dan jual secara berasingan.

Latar Belakang

These inputs specify the background colors used by the footprint levels. Users can choose separate colors for buy and sell sides when the footprint type is "Buy and sell" or "Delta". If the "Apply gradient to background" option is enabled, a four-color gradient will be available for each color option. The chart will select colors for each level using the algorithm described in the previous section. 

Input-input ini menentukan warna latar belakang yang digunakan untuk tingkatan footprint. Pengguna boleh memilih warna berasingan untuk bahagian beli dan jual apabila jenis footprint adalah "Beli dan jual" atau "Delta". Jika pilihan "Guna kecerunan untuk latar belakang" diaktifkan, satu kecerunan empat warna akan tersedia untuk pilihan setiap warna. Carta akan memilih warna untuk setiap tingkatan menggunakan algoritma yang dijelaskan dalam bahagian sebelumnya.

Kawasan Nilai

Mengaktifkan garisan Kawasan Nilai (Value Area) dan menentukan peratusan VA. Garisan Value Area High (VAH) akan dipaparkan di atas semua tingkatan termasuk dalam kawasan nilai, dan garisan Value Area Low (VAL) akan terpapar di bawah semua tingkatan dalam kawasan nilai. Algoritma Kawasan Nilai untuk carta footprint adalah sama dengan algoritma yang digunakan oleh penunjuk Profil Volum kami.

Label


POC

Menentukan sama ada carta akan memaparkan setiap Point of Control (POC) footprint.

Tunjuk maklumat ringkasan

Menentukan sama ada setiap footprint memaparkan maklumat mengenai jumlah volum bar, jumlah volum beli dan jumlah volum jual, dan keseluruhan volum delta.

Ketidakseimbangan

Menentukan peratusan di mana volum pembeli hendaklah melebihi volum penjual atau sebaliknya untuk mengesan keseimbangan ketara. Lihat bahagian "Penentuan ketidakseimbangan" di atas untuk mengetahui bagaimana carta Volume footprint mengesan ketidakseimbangan.

Serlahan (Highlighting)

Menentukan sama ada carta akan menyerlahkan tingkatan ketidakseimbangan dan menentukan warnanya. Apabila serlahan ketidakseimbangan diaktifkan, carta meletakkan garisan menegak berwarna ke bahagian tingkatan ketidakseimbangan. Carta akan memaparkan penanda ketidakseimbangan beli ke kanan tingkatan dan ketidakseimbangan jual ke kiri.

Tingkatan bertindan (Stacked levels)

Mengawal sama ada untuk memaparkan ketidakseimbangan bertindan dan bilangan tingkatan berturutan yang diperlukan dengan satu ketidakseimbangan pada bahagian yang sama untuk mengesan ketidakseimbangan bertindan. Apabila diaktifkan, carta akan menunjukkan ketidakseimbangan bertindan sehingga harga berikutnya memotong tingkatan.