Bagaimana untuk semat/nyahsemat tab dalam aplikasi Atas Meja

Ciri pelayar “Semat tab” juga tersedia pada aplikasi Atas Meja TradingView. Anda boleh membuka beberapa tab yang anda selalu gunakan ke bahagian kiri tetingkap, memberikan anda akses mudah kepada tab yang anda paling perlukan dan mengelakkan kemungkinan anda tersilap menutup mereka. 

Bagaimana untuk semat/nyahsemat satu tab

Klik kanan pada tajuk tab dan pilih “Semat tab” atau “Nyahsemat tab”:

  • Semat tab: Mengunci tab ke kiri.
  • Nyahsemat tab: Membuka tab dan menggerakkannya kembali ke bahagian tidak disematkan.

Bagaimana untuk menutup satu tab yang disemat

Tab disemat tidak mempunyai butang tutup, jadi anda tidak akan tersilap menutup mereka. Pilihan "Tutup tab lain" atau “Tutup tab ke kanan” juga tidak mempengaruhi tab disemat.

Jika anda mahu menutup satu tab disemat, anda boleh menggunakan kekunci pintas [Ctrl+W] pada Windows/Linux atau [Cmd+W] pada macOS untuk menutup tab semasa, klik kanan pada tab dan klik "Tutup," atau nyahsemat tab dan tutup seperti biasa.

Bagaimana tab disemat berfungsi

  • Kedudukan: Satu tab disemat secara automatik bergerak ke kiri tetingkap panel tab. Semua tab disemat muncul dari kiri ke kanan dalam susunan sematan anda.
  • Pembahagian: Anda tidak boleh menggabungkan tab disemat dan dinyahsemat, anda hanya boleh menukar posisi tab disemat dengan tab disemat lain pada bahagian kiri..
  • Tab dinyahsemat: Semua tab dinyahsemat muncul pada bahagian kanan tab yang disemat. Apabila anda menyahsemat satu tab, ia menjadi tab dinyahsemat paling kiri. 
  • Keteguhan: Keadaan tab yang disemat adalah dikekalkan apabila ia dinyahsambung/sambung, dikembalikan selepas ditutup atau keluar/lancarkan aplikasi.