Aliran Berita: hab harian anda untuk berita kewangan 

Aliran Berita adalah hab terkini anda untuk peristiwa kewangan dalam dunia dagangan dan pelaburan. Dengannya, anda boleh mencari artikel dan siaran akhbar terkini tentang apa yang menggerakkan pasaran dan ekonomi sejagat, dan mendapatkan cerapan daripada penyedia terkemuka.

KANDUNGAN:

Apakah Aliran Berita

Berdagang dan melabur bukan hanya mengenai teknikal. Hampir semua pedagang menggunakan analisis asas, salah satu daripadanya adalah membaca berita untuk kekal termaklum dengan regulasi terkini dan lanskap yang setiasa berubah.

Anda boleh anggap Aliran Berita sebagai satu daripada penyaring TradingView, di mana semua cerita alam dagangan dan pelaburan dikumpulkan setempat. Anda boleh menetapkan pelbagai penapis untuk menyusun artikel dan memahami dengan lebih baik apa yang berada dalam dinamik pasaran. Selain daripada itu, anda boleh mengakses artikel dari bahagian berbeza pada platform kami dan membaca kemas kini mengenai keadaan pasaran semasa sebaik sahaja mereka muncul.

Bagaimana mengakses Aliran Berita

Sebagai satu daripada produk utama kami, anda boleh mengakses Aliran Berita dari halaman utama. Cari menu lungsur turun dan pergi terus ke situ.

Dari Carta Super, cari butang "Produk" pada bar alat kanan dan klik "Aliran Berita News Flow."

Dari situ, anda mempunyai akses kepada kefungsian penuh yang sama seperti anda menggunakan produk kendiri.

Selain daripada itu, anda boleh memilih untuk memaparkan berita terkini pada carta anda. Untuk melakukan ini, pergi ke tetapan Carta Super, kemudian navigasi ke tab "Peristiwa" dan klik pilihan "Berita terkini". Anda akan dapat melihat ikon petir ungu pada skala masa dengan kemas kini terkini untuk simbol dipilih.

Tetapan Aliran Berita

Sekarang, mari kita lihat bagaimana anda boleh menggunakan alat berita kami untuk menyokong analisis anda.

Apabila anda membuka suapan berita anda, perkara pertama yang anda dapat lihat adalah skrin "Suapan penuh". Ia memaparkan peristiwa dari semua sumber merentasi semua negara, sektor dan kelas aset. Ia dikemas kini secara langsung, jadi sebaik sahaja berita diterbitkan, anda akan dapat melihatnya terus dalam suapan.

Satu daripada ciri berkuasa penyaring kami — dan Aliran Berita adalah sejenis penyaring —  adalah anda boleh mengkonfigurasikannya bergantung kepada kegemaran anda dengan input terbina dalam dan menyimpan tetapan anda untuk kegunaan kemudian hari.

Pertama, pilih apa yang anda perlukan — sama ada pasaran, jenis aktiviti korporat, penyedia atau kriteria lain — pada panel penapis. Kemudian klik pada suapan semasa anda dan klik "Cipta suapan baharu…". Ia akan menyimpan pilihan semasa anda (aliran) yang anda boleh pilih kemudian daripada menu lungsur turun yang sama.

Aliran Berita dan Kalendar

Kedua-dua ciri ini membenarkan anda untuk melihat pasaran dari perspektif berbeza. Sekarang anda sudah tahu apa untuk dicari dalam Aliran Berita, anda boleh menyokong analisis anda dengan kalendar TradingView yang menawarkan pandangan berstruktur mengenai peristiwa ekonomi dan korporat.

  • Dalam Economic Сalendar, anda boleh melihat apa yang terjadi pada masa tersebut. Ia memfokuskan kepada aktiviti kerajaan seperti laporan inflasi, data pengangguran dan mesyuarat ekonomi untuk badan kawal selia, yang mempengaruhi bursa, peserta institusi dan memberikan panduan umum. Sebagai contoh, jika anda mendagangkan forex, anda mungkin berminat dengan laporan imbangan dagangan untuk melihat keadaan sebenar dagangan sejagat
  • Kalendar Perolehan membantu anda menjejak pengumuman perolehan akan datang supaya anda boleh kekal termaklum mengenai prestasi korporat
  • Kalendar Hasil memastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai angka hasil syarikat, menawarkan lapisan lain cerapan ke dalam prestasi perniagaan
  • Kalendar Dividen memberikan maklumat mengenai agihan dividen — faktor utama dalam menilai kesihatan kewangan dan posisi kompetitif syarikat

Kami mengesyorkan anda menerokai kedua-dua berita dan kalendar dan mensesuaikan setiap satu kepada strategi anda.

Oh, dan satu lagi…

Tanpa mengira pandangan anda mengenai pasaran, ada satu perkara yang jelas — berita menggerakkan mereka. Fikirkan apa-apa catatan pada media sosial oleh wakil kerajaan, ia boleh memaksa peserta utama melepaskan pegangan saham mereka atau membeli pada apa-apa harga, walaupun ia kelihatan terlebih beli atau terlebih nilai, dan harga masih menaik dan menaik…

Jika anda mahu menerokai pasaran tetapi belum berminat untuk menyusun dan menyaring, menyimpan, menetapkan smeula dan menavigasi kesukaran, anda hanya perlu pergi ke Berita TradingView. Semua peristiwa juga ada di sana, dipersembahkan dengan perspektif lebih meluas dan lebih mudah difahami untuk analisis pasaran setiap hari.

Juga baca: