Sesi Dagangan
Penunjuk Trading Sessions menyerlahkan sesi dagangan tersuai pada carta. Untuk setiap sesi dagangan, penunjuk melukis satu kotak berwarna yang mengandungi semua bar-bar yang dibuka dalam sesi pada zon masa ditentukan. Pengguna boleh mensesuaikan sehingga tiga sesi dagangan dengan masa mula dan akhir dan zon masa unik. Tetapan lalai mewakili sesi yang selalu digunakan iaitu Asian, Eropah dan Amerika Utara (Tokyo, London dan New York).
Instrumen yang didagangkan dalam pelbagai pasaran dalam zon masa berbeza boleh mengalami lonjakan berkala (periodic spikes) dalam volum dan ketidakstabilan. Menggunakan penunjuk Trading Sessions, anda boleh menjejak secara visual bila pasaran berbeza membuka dan menutup.
Ambil maklum bahawa penunjuk Trading Sessions adalah tersedia hanya pada rangka masa intrahari.

Input
Input menentukan bila masa sesi dagangan dan termasuk pilihan untuk memaparkan maklumat harga tambahan mengenai setiap sesi.

Tetapan umum
Ada empat butang togol pada bahagian atas tab Input untuk penunjuk, yang memberikan tetapan umum yang boleh dilaksanakan kepada semua tiga sesi dagangan. Tetapan-tetapan ini menentukan maklumat teks dan visual tambahan yang dipaparkan untuk setiap sesi:
- "Tunjuk nama sesi": Label setiap kotak sesi dengan teks daripada tetapan "Nama dipaparkan".
- "Lukis garisan sesi buka dan tutup": Melukis dua garisan putus-putus dalam setiap kotak sesi untuk menandakan harga buka dan tutup untuk sesi (cth., bar pertama buka dan bar terakhir tutup).
- "Tunjuk julat tick untuk setiap sesi": Mengira bilangan tick antara harga tertinggi dan terendah dalam sesi dan memaparkan nilai julat dalam satu label di bawah kotak sesi.
- "Tunjuk harga purata setiap sesi": Mengira harga tutup purata untuk semua bar dalam sesi dan memaparkannya dalam satu label di bawah kotak sesi. Ia juga melukis garis putus-putus dalam kotak sesi pada harga purata.
Tetapan sesi
Input berikut menentukan tetapan untuk sesis dagangan khusus. Bahagian input "Sesi pertama", "Sesi kedua" dan "Sesi ketiga" setiap satu mempunyai tetapan yang sama.
Tunjuk sesi
Menentukan sama ada penunjuk memaparkan sesi dagangan ini. Jika ia tidak diaktifkan, sesi akan disembunyikan dari carta.
Nama dipaparkan
Menentukan nama sesi. Nilai lalai merujuk kepada zon masa lalai sesi tetapi pengguna boleh memasukkan apa-apa teks pilihan mereka untuk melabelkan sesi.
Nama sesi muncul pada carta di bawah setiap kotak sesi hanya apabila input "Tunjuk nama sesi" dipilih. Sebaliknya, nama sesi disembunyikan dari carta.
Masa sesi
Menentukan masa mula dan akhir untuk setiap sesi. Menu lungsur turun input menunjukkan masa dalam selang waktu 15 minit. Untuk menggunakan masa di luar selang masa ini, pilih nilai minit dalam ruangan input dan taip nombor dikehendaki.
Jika sesi akhir masa kedua adalah lebih awal daripada masa bermula, penunjuk mengira ia sebagai sesi semalaman (overnight). Sebagai contoh, masa sesi "10:00 – 09:00" menyerlahkan bar dari jam 10AM pada hari pertama sehingga 9AM pada hari kedua.
Session time zone
Menentukan zon masa untuk masa sesi bermula dan berakhir.
Ada dua format disokong untuk satu zon masa sesi:
- Tatatanda GMT (atau UTC), yang menggunakan ofset berangka dari Masa Mean Greenwich atau Coordinated Universal Time, seperti, "GMT-5", "GMT+0630", "UTC+11".
- Tatatanda pangkalan data IANA, yang menggunakan pengecam rantau, cth, "Amerika/New_York", "Asia/Tokyo", "Eropah/Paris". Lihat halaman rujukan pangkalan data zon masa IANA untuk senarai pengecam yang ada dan ofset GMT masing-masing.
Jika ruangan zon masa dibiarkan kosong, penunjuk menggunakan zon masa IANA dari bursa simbol yang sekarang dibuka pada carta.
Warna sesi
Menetapkan warna dan kelegapan kotak sesi dan mana-mana teks atau garisan berkaitan yang dipaparkan untuk sesi ini (cth., nama sesi, garis harga purata dll.).
Pertimbangan untuk perubahan zon masa
Menggunakan nama pangkalan data IANA adalah satu cara lebih baik untuk menentukan zon masa satu sesi daripada menggunakan notasi GMT tetap. Kami mengesyorkan penggunaan notasi IANA dalam kebanyakan kes kerana ia melaraskan secara automatik untuk polisi masa tempatan rantau, seperti pertukaran tahunan kepada daylight saving time (DST) dan ia juga mengambil kira kemas kini dahulu dan akan datang kepada sempadan zon masa.
Untuk menjelaskan perkara ini, mari kita buka carta BINANCE:BTCUSD, kerana bursa menggunakan zon masa GMT (0) tetap sepanjang tahun. Menggunakan penunjuk Trading Sessions, kita boleh membandingkan dua sesi berlainan yang kedua-duanya mewakili jam dagangan New York biasa: "09:30-16:00". Sesi dagangan pertama menggunakan "GMT-4" sebagai zon masanya, menyerlahkan bar-bar sesinya dalam kotak biru. Sesi kedua menggunakan notasi zon masa "Amerika/New_York", menyerlahkan bar-bar sesinya dalam kotak kuning.
Disebabkan kedua-dua sesi adalah untuk mewakili tempoh masa yang sama dalam zon masa tempatan yang sama, kotak-kotak sesi hendaklah sentiasa dijajarkan dengan sempuran. Akan tetapi, kotak-kotak sesi kadang-kala bertindan secara berkala.

Semasa daylight saving time (DST), kedua-dua sesi dagangan "GMT" dan "IANA" akan bertindan sesama sendiri. Untuk baki tahun selebihnya, dua sesi adalah berbeza sejam kerana masa tempatan New York bertukar dari GMT-4 kepada GMT-5 di luar DST. Notasi "Amerika/New_York" menukar kepada perubahan zon masa ini secara automatik, tetapi zon masa "GMT-4" akan kekal.
Disebabkan itu, menggunakan notasi "America/New_York" akan sentiasa menyerlahkan sesi "09:30–16:00" dengan tepat pada masa tempatan rantau, manakala menggunakan notasi "GMT-4" menyerlahkan sesi dengan tepat hanya semasa DST. Sama juga, menggunakan zon masa "GMT-5" dan menyerlahkan sesi dengan tepat hanya dalam tempoh masa bukan DST, dan menyimpang sebanyak satu jam semasa DST.
Disebabkan ini, untuk mengelakkan keperluan melaraskan ofset GMT secara manual untuk rantau yang mengalami perubahan zon masa, sila gunakan notasi zon masa IANA untuk mewakili zon masa serantau dengan tepat pada bila-bila masa dalam setahun. "Amerika/New_York" sentiasa menyerlahkan 09:30-16:00 dengan imbangan masa yang betul, manakala "GMT-4" akan dilambatkan sebanyak satu jam semasa musim sejuk.