Pautan bon
Pautan kupon (coupon link) adalah satu ciri yang mengikat pembayaran faedah (pembayaran kupon) untuk satu bon kepada pemboleh ubah khusus atau indeks. Ikatan ini boleh berubah-ubah berdasarkan kepada faktor-faktor berbeza seperti harga komoditi, penarafan kredit, kadar pertukaran mata wang, prestasi ekuiti, kadar inflasi, kadar faedah dan sasaran kemampanan. Pautan kupon menentukan cara pembayaran faedah pada bon akan dikira dan dilaraskan dari masa ke semasa berdasarkan kepada prestasi pemboleh ubah atau indeks yang dipilih.
Pengeluar boleh menambah baik struktur bon tetap, berubah dan kupon sifar (zero-coupon) dengan memasukkan pautan bon, menawarkan pelabur peluang-peluang yang dikaitkan kepada pelbagai faktor pasaran. Bon terkait ini memberikan fleksibiliti untuk menyesuaikan diri kepada perubahan dalam pemboleh ubah atau indeks tertentu, memperkenalkan spektruk risiko dan potensi keuntungan merentasi semua jenis bon.
Dipautkan komoditi (commodity linked)
Bon dipautkan komoditi mempunyai pembayaran kupon dikaitkan kepada prestasi komoditi tertentu (seperti minyak, emas atau produk pertanian).
Bon ini memberikan pendedahan kepada pergerakan harga komoditi. Jika harga komoditi naik, pembayaran kupon menaik, memberikan keuntungan kepada pelabur.
Dipautkan kredit (credit linked)
Bon dipautkan kredit melaraskan pembayaran kupon berdasarkan kepada kelayakan kredit pengeluar. Jika kualiti kredit pengeluar bertambah baik, kupon boleh menaik.
Pelabur mendapat keuntungan dari potensi hasil lebih tinggi jika risiko kredit pengeluar menurun dari masa ke semasa.
Penarafan kredit sensitif
Kupon bon ini berubah sebagai tindak balas kepada variasi dalam penarafan kredit pengeluar. Penurunan taraf boleh membawa kepada pengurangan pembayaran kupon.
Pelabur boleh mendapat keuntungan dari hasil lebih tinggi jika kredit pengeluar bertambah baik.
Dipautkan mata wang (currency linked)
Bon dipautkan mata wang mempunyai kupon yang dikaitkan kepada kadar pertukaran asing. Pembayaran boleh berubah bergantung kepada naik turun mata wang. Bon ini membenarkan pelabur melindung nilai daripada risiko mata wang atau spekulasi pada pergerakan kadar pertukaran.
Dipautkan indeks tersuai (customized index linked)
Bon dipautkan indeks tersuai mengikat pembayaran kupon kepada satu indeks tersuai khusus (tidak semestinya satu indeks pasaran yang terkenal).
Pelabur boleh memilih pendedahan kepada sektor atau tema tertentu menggunakan bon-bon ini.
Dipautkan ekuiti (equity linked)
Bon dipautkan ekuiti melaraskan kupon berdasarkan kepada prestasi satu saham atau indeks ekuiti khusus.
Bon-bon ini menawarkan potensi kenaikan jika ekuiti terbabit memberikan prestasi yang baik.
Dipautkan indeks (index linked)
Bon dipautkan indeks mempunyai kupon yang dipautkan kepada indeks pasaran yang terkenal (cth., S&P 500, FTSE 100).
Pelabur mendapatkan pendedahan kepada pergerakan pasaran meluas menerusi bon-bon ini.
Dipautkan inflasi (inflation linked)
Bon dipautkan indeks melaraskan kupon berdasarkan kepada perubahan dalam kadar inflasi. Pembayaran naik dengan inflasi. Bon-bon ini melindungi dari hakisan kuasa pembelian semasa tempoh inflasi.
Dipautkan kadar faedah (interest rate linked)
Bon dipautkan inflasi mempunyai kupon yang dikaitkan kepada kadar faedah semasa (cth., LIBOR, hasil bon kerajaan). Pelabur mendapat keuntungan dari potensi hasil lebih tinggi jika kadar faedah menaik.
Dipautkan kemampanan (sustainability linked)
Bon dipautkan kemampanan melaraskan kupon berdasarkan kepada pencapaian pengeluar pada sasaran kemampanan yang telah ditetapkan. Bon-bon ini sejajar dengan sasaran persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG), menarik minat pelabur yang mempunyai kesedaran sosial.