Apakah sekatan yang dikenakan semasa menggunakan mod Ujian Belakang Dalam pada niaga hadapan berterusan?

Ada peraturan khusus untuk menggunakan mod Ujian Belakang Dalam (Deep Backtesting) pada carta hadapan berterusan. Instrumen-instrumen berkenaan mengandungi jujukan carta hadapan individu digabungkan menjadi satu carta berterusan, memohon tempoh data yang besar akan menyebabkan masalah beban yang serius.

Disebabkan itu, sekatan berikut diperkenalkan untuk simbol-simbol tersebut:

  • Apabila memohon rangka masa berasaskan saat, kedalaman maksimum dipohon untuk satu rangka masa N saat adalah N*3 bulan dari tarikh hari ini.
  • Apabila memohon rangka masa berasaskan minit, kedalaman maksimum dipohon untuk satu rangka masa N minit adalah N*3 tahun dari tarikh hari ini.

Ambil maklum bahawa sekatan bermula dari tarikh hari ini tanpa mengira tarikh tamat yang dipilih dalam pemililh tarikh Ujian Belakang Dalam.

Ada juga sekatan umum untuk data sejarah yang dikenakan untuk semua pertanyaan Ujian Belakang Dalam, sama ada data yang dipinta adalah simbol hadapan berterusan ataupun tidak. Had ini dijelaskan dalam Artikel Pusat Bantuan berikut: Sebanyak manakah data tersedia untuk Ujian Belakang Dalam?