Trend Strength Index
Penunjuk Trend Strength Index mengukur kecenderungan satu simbol untuk kekal dalam trend dengan konsisten ataupun menuju kepada min nya. Idea utama di sebalik TSI ialah semakin banyak momentum satu simbol ada relatif kepada ketidakstabilannya, lebih besar kemungkinan ia akan mengikuti satu trend dan semakin kurang kemungkinan untuk pergi ke min nya.
Penunjuk ini menganalisa momentum harga menggunakan pekali kolerasi Pearson, satu ukuran dinormalkan untuk hubungkait linear antara siri masa. Outputnya menunjukkan kolerasi antara harga tutup carta dan nilai indeks bar sepanjang satu bilangan bar yang ditetapkan.
Satu carta indeks bar bermula pada 0 dan naik satu demi satu untuk setiap bar berturut-turut. Dalam kata lain, indeks bar mewakili titik-titik dalam satu garisan lurus dengan kecerunan 1. Kolerasi antara indeks ini dan data harga adalah satu ukuran momentum, kerana ia mencerminkan kestabilan pergerakan harga berbanding trend linear yang konsisten. Pedagang boleh menggunakan penunjuk ini untuk mengukur kekuatan dan konsistensi aktiviti harga dari masa ke semasa:
- Satu nilai berdekatan 1 menunjukkan harga mengalami kenaikan tetap secara relatif sepanjang bar berturut-turut, menunjukkan kekuatan trend kenaikan yang tinggi.
- Satu nilai berdekatan -1 menunjukkan harga mengalami penurunan tetap secara relatif sepanjang bar berturut-turut, menunjukkan kekuatan trend penurunan yang tinggi.
- Satu nilai berdekatan 0 menunjukkan kekurangan kekuatan trend, kerana harga tidak menunjukkan hubungan positif atau negatif dengan indeks bar.
Input
Panjang
Bilangan bar digunakan untuk mengira Trend Strength Index.
Warna Bulis/Bearis
Warna yang mewakili satu trend positif atau negatif.
Menukar ketelusan warna akan mengubah kecerunan yang mewarnakan ruangan antara plot TSI utama dan sifar: kecerunan bermula dengan ketelapan sepenuhnya pada sifar dan mencapai ketelusan yang ditunjukkan dalam input pada 1 untuk Warna Bulis dan -1 untuk Warna Bearis.