Price target - penunjuk

Penunjuk Price Target memaparkan ramalan untuk harga simbol terkini dalam masa setahun. Nilai-nilai adalah berdasarkan kepada ramalan harga oleh beberapa penganalisa, yang dibekalkan kepada kami oleh penyedia data kewangan kami. Bahagian Ramalan pada halaman simbol menunjukkan data yang sama, jika ada.

Penunjuk menyerlahkan tiga tingkatan harga sasaran: Maksimum, Purata dan Minimum. Label dilukis pada tingkatan ini menunjukkan perubahan peratusan yang dijangka, manakala tingkatan itu sendiri menunjukkan harga jangkaan tertinggi, purata dan terendah untuk simbol semasa. Garisan titik menghubungkan tingkatan kepada hari di mana ramalan dilakukan.

Menggerakkan kursor di atas bulatan biru – titik awalan semua garisan – memaparkan satu tooltip dengan maklumat tambahan mengenai ramalan, termasuk bilangan penganalisa yang ramalan mereka di ambil kira.

Jika ramalan dibekalkan apabila pasaran sudah ditutup, mereka akan muncul dalam halaman simbol tetapi tidak muncul pada penunjuk sehinggalah pasaran kembali buka. Jika tiada ramalan tersedia, penunjuk memaparkan satu mesej dan bukannya garisan dan label.

Input

Warna Positif/Negatif

Warna untuk garisan, label dan isian. Jika harga jangkaan adalah di atas harga penutup simbol pada hari di mana ramalan dilakukan, lukisan akan menggunakan warna positif. Jika harga di bawah harga tutup, mereka akan menggunakan warna negatif.

Menukar ketelapan warna mempengaruhi hanya kepada isian antara garisan, kerana tiada yang lain dalam lukisan menggunakan ketelapan. Menukar warna memberikan kesan kepada semua lukisan.