Corak Carta Cawan dan Tangkai
Sila ambil maklum bahawa maklumat mengenai sasaran harga jangkaan yang dibekalkan oleh Corak Carta Automati bukanlah satu cadangan yang anda patut lakukan. Jangan jadikan data ini sebagai nasihat pelaburan. Ia hanya boleh digunakan untuk pendidikan dan penyelidikan. Seperti mana-mana dagangan, lihat dahulu sebelum lompat.
Cawan dan Tangkai (Cup and Handle) adalah sebuah penunjuk yang menyerlahkan satu corak kesinambungan: satu pembetulan (correction) berbentuk U untuk trend utama - cawan - dan pergerakan pembetulan lebih kecil lain selepas cawan, yang boleh juga berbentuk U atau diwakili sebagai satu garisan trend dengan kecerunan menurun - tangkai. Bucu cawan hendaklah berada pada ketinggian yang hampir sama. Adalah dijangka bahawa selepas pemecahan keluar dari garisan trend, harga akan naik ke atas mengikut jarak yang sama dengan ketinggian cawan.
Penunjuk mencari corak pada 600 bar terakhir. Corak mengandungi satu garisan yang membentuk cawan dan satu garisan yang membentuk tangkai (Garisan Harga). Titik 1, 3 dan 4, seperti yang ditanda dalam tangkapan skrin, adalah terletak pada titik pangsi (pivot) 5/5. Titik 2 terletak pada pertengahan cawan dan pada harga rendah terendah (lowest low) pada titik pangsi 5/5, yang terletak dalam satu kawasan kecil ke kiri dan kanan dari tengah cawan. Lebar minimum cawan adalah 20 bar, dan tangkai tidak boleh lebih panjang daripada cawan.
Dalam mode Dalam Proses, penunjuk mencari bukan hanya corak yang sudah terbentuk, tetapi juga corak yang sedang terbentuk. Titik akhir untuk corak sebegitu (titik 4) mungkin tidak berada dalam titik pangsi, dalam kes ini garisan tangkai akan ditunjukkan dalam bentuk titik. Apabila membentuk tangkai, nilai rendah terendah (lowest low) antara titik 3 dan 4 dan antara titik 4 dan penghujung tangkai akan diambil kira. Rendah antara titik 3 dan 4 hendaklah lebih tinggi daripada rendah antara titik 4 dan penghujung garisan tangkai. Pemecahan keluar corak adalah berdasarkan kepada nilai tutup simbol.
Garisan titik yang berakhir dengan label Target menunjukkan tingkatan harga jangkaan selepas corak terbentuk sepenuhnya. Semasa bar-bar baharu muncul, garisan akan memanjang ke kanan kepada bar terkini sehinggalah status corak berubah dari Menunggu kepada yang lain. Bucu alat label menunjukkan harga dan status semasa corak. Apabila status berubah, warna label turut berubah. Ada 4 status secara keseluruhan:
- Menunggu - tangkai tidak memecah masuh, atau ia dipecahkan dan pada masa yang sama harga tidak turun lebih rendah daripada nilai ambang (ditentukan oleh input Balikan Maksimum Tangkai ) dan masih tidak mencapai sasaran lagi.
- Dicapai - harga memecah tangkai dan mencapai sasaran.
- Gagal - harga tidak mencapai sasaran dan turun lebih rendah dari nilai ambang, atau tangkai menjadi lebih panjang daripada cawan.
- Tidak dapat ditentukan - penunjuk tidak dapat menentukan status corak.
Jika penunjuk menjumpai dua corak yang bertindan, keutamaan akan diberikan kepada yang mempunyai status Menunggu. Jika status corak yang bertindan adalah Gagal atau Dicapai atau status kedua-duanya adalah Menunggu, carta akan memaparkan corak yang mana bentuk cawan adalah lebih hampir kepada bentuk U. Corak dengan status Tidak dapat ditentukan akan dipadamkan jika ia bersilang dengan corak dengan status berbeza.
Pemberitahuan:
- Corak Baharu. Ia dicetuskan apabila satu corak baharu muncul pada carta. Satu corak dikira baharu jika ia ada posisi berbeza untuk titik 1, 2 atau 3.
- Pemecahan Corak. Ia dicetuskan apabila satu bar muncul yang telah menutup di atas garisan tangkai.
Input:
- Corak - menentukan corak manakah akan dipaparkan pada carta bergantung kepada status mereka. Nilai mungkin: Semua, Menunggu dan Dicapai, Hanya Menunggu, Menunggu Akhir.
- Sasaran Harga - menentukan sasaran harga yang akan dipaparkan pada carta bergantung kepada status corak. Nilai mungkin: Semua, Hanya Menunggu, Menunggu dan Dicapai, Tiada.
- Penyimpangan Dibenarkan - menentukan perbezaan harga dibenarkan maksimum sepanjang bucu cawan. Ia dikira sebagai peratusan dari tinggi cawan.
- Balikan Maksimum Tangkai (Handle Max Rollback) - menentukan penguranan harga dibenarkan maksimum dalam tangkai relatif kepada trend sebelumnya. Ia dikira sebagai peratusan dari tinggi trend sebelumnya. Kotak semak mengaktifkan/nyahaktifkan pemeriksaan parameter dan carian trend sebelum corak. Pilihan dinyahaktifkan secara lalai.
- Balikan Maksimum Cawan (Cup Max Rollback) - menentukan pengurangan harga dibenarkan maksimum dalam cawan relatif kepada trend sebelumnya. Ia dikira sebagai peratusan dari tinggi trend sebelumnya. Kotak semak mengaktifkan/nyahaktifkan pemeriksaan parameter dan carian trend sebelum corak. Pilihan dinyahaktifkan secara lalai.
- Dalam Proses - mencari corak yang sedang terbentuk.