Pertumbuhan hasil % 

Pertumbuhan hasil adalah metrik kewangan yang mengukur perubahan peratusan dalam jumlah hasil sepanjang satu tempoh masa tertentu. Metrik ini memberikan cerapan kepada keupayaan syarikat menaikkan atau menurunkan jualan dan keseluruhan penjanaan hasilnya.

Tempoh masa berbeza untuk mengira metrik adalah termasuk:

  • Tahunan YoY (Year-over-Year): Membandingkan perubahan peratusan dalam hasil antara dua tahun terkini, sebagai contoh tahun 2023 dan 2022.
  • Suku Tahunan YoY: Membandingkan perubahan peratusan dalam hasil untuk suku tahunan terkini (cth., Q2 2024) dengan suku tahunan yang sama dalam tahun sebelumnya (Q2 2023).
  • TTM YoY (Trailing Twelve Months Year-over-Year): Membandingkan perubahan peratusan dalam hasil untuk tempoh TTM sebelumnya yang berakhir, sebagai contoh, dalam Q2 2024 dengan tempoh masa TTM berakhir pada Q2 2023.
  • Suku Tahunan QoQ (Quarter-over-Quarter): Membandingkan perubahan peratusan dalam hasil antara dua suku tahunan terkini (cth., Q2 2024 dan Q1 2024), untuk menilai pertumbuhan QoQ dalam jumlah hasil (total revenue).

Pertumbuhan hasil membantu menilai prestasi syarikat dalam menjana jualan dan menaikkan hasil teratasnya. Metrik ini boleh menunjukkan keupayaan syarikat untuk mengembangkan bahagian pemasarannya, memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu atau meningkatkan kecekapan jualan. Menganalisa peratusan pertumbuhan hasil untuk tempoh masa berbeza membenarkan pelabur memahami trend hasil syarikat dan prestasi perniagaan secara keseluruhan. Pertumbuhan peratusan positif menunjukkan peningkatan dalam hasil manakala pertumbuhan peratusan negatif mencadangkan pengurangan dalam hasil berbanding dengan tempoh masa sebelumnya.