Harga Teori

Harga teori untuk satu opsyen, selalunya dirujuk sebagai "harga saksama," adalah harga jangkaan di mana satu opsyen sepatutnya didagangkan berdasarkan kepada model matematik, seperti model Black-Scholes. Harga ini dikira menggunakan pelbagai faktor, termasuk harga aset asas, harga strike opsyen, masa ke luput, ketidakstabilan, kadar faedah dan dividen. Harga teori membantu pedagang menentukan sama ada satu opsyen adalah terlebih nilai atau terkurang nilai dalam pasaran. 

Harga teori menjadi lebih kritikal dalam situasi kekurangan data pasaran, seperti bida dan pinta yang sedikit, terutamanya untuk opsyen luar wang (out-of-the-money). Tanpa sebut harga pasaran yang mencukupi, model penempatan harga (pricing model) boleh menjadi satu-satunya alat yang paling dipercayai untuk menganggarkan nilai opsyen. Perkara ini menjadi sangat penting terutamanya dalam pasaran yang rendah kecairan atau apabila mendagangkan opsyen yag kurang popular, di mana maklumat harga masa nyata adalah sangat berkurangan.