Pemberitahuan senarai amatan: senjata dagangan anda
Dengan pemberitahuan senarai amatan, anda boleh kekal dinotifikasikan merentasi beberapa simbol pada masa yang sama, menjadikannya mudah untuk menjejak keadaan pasaran tertentu merentasi banyak aset. Ciri ini membenarkan anda untuk menggunakan operator sama yang tersedia untuj jenis pemberitahuan lain dan menjimatkan masa anda semasa mempelajari pelbagai simbol — dari mata wang kripto kepada metrik ekonomi — di Carta Super.
Setiap pemberitahuan senarai amatan berfungsi secara kendiri untuk setiap simbol dalam senarai. Jenis pemberitahuan tersebut akan tercetus secara individu setiap kali syarat dipenuhi. Pemberitahuan hanya akan berhenti apabila ia tercetus untuk semua simbol, dan sehingga itu, ia akan kekal aktif.
Ia juga akan tercetus jika anda menambahkan simbol selepas mencipta pemberitahuan. Jika anda membuang satu simbol dari senarai amatan, pemberitahuan tidak lagi akan terpakai untuknya. Ini memastikan pemberitahuan anda sentiasa mencerminkan set simbol terkini dalam senarai amatan anda.
! Penting: Pemberitahuan senarai amatan tercetus hanya pada jam dagangan biasa.
Untuk mencipta satu pemberitahuan, klik pada butang "Tambah pemberitahuan pada senarai…" dalam menu lungsur turun senarai amatan.

Anda juga boleh menciptanya terus dari menu lungsur turun "Simbol" dalam dialog "Cipta pemberitahuan" jika anda mengaksesnya menerusi kaedah lain semasa mengkonfigurasikan pemberitahuan.

Juga baca: