Garisan Arah Aliran Automatik

Penunjuk menganalisa 5000 terakhir dan membina garisan sokongan dan rintangan yang mungkin. Garisan-garisan ini dibahagikan kepada yang kecil dan besar bergantung kepada titik Zig Zag mana yang mereka dibina:

  1. Besar. Secara konsisten menghubungkan pangsi (pivot) tinggi dan rendah dengan panjang kiri/kanan adalah 25/25. Perbezaan harga antara rendah dan tinggi hendaklah mengatasi 5 * ATR14, yang mana dikira pada titik pertama.
  2. Kecil. Secara konsistennya menghubungkan pangsi tinggi dan rendah berganti-ganti dengan panjang kiri/kanan adalah 5/5. Perbezaan harga antara tinggi dan rendah hendaklah melepasi 2 * ATR14, di mana ia dikira pada titik pertama.

Satu titik pangsi adalah titik tempatan ekstrem (minimum atau maksimu) ke kiri dan kanan di mana tiada nilai harga yang melepasi titik ekstrem ini. Jadi, satu titik akan menjadi pangsi tinggi 25/25 jika tiada nilai tinggi 25 bar ke kiri dan 25 bar ke kanannya yang lebih tinggi daripada nilai ini pada titik ini.

Dalam tambahan kepada titik pangsi di mana Zig Zag dibina, penunjuk mengumpulkan titik-titik pangsi untuk saiz lain untuk mengira sentuhan dan seterusnya menapis garisan.

Selepas mengira Zig Zag dan mengumpulkan pangsi untuk saiz-saiz berbeza, penunjuk membina semua garisan yang ada, yang akan dipaparkan pada carta selepas penapisan. Setiap garisan mempunyai kawasan sentuhan yang tidak dipaparkan - separuh daripada ATR lalai purata yang dikira pada titik di mana garisan dilukis. Kawasan ini terletak antara garisan dan carta harga dan digunakan untuk membaiki sentuhan yang terlepas sedikit dari garisan, termasuk juga untuk menapis garisan. Setiap garisan adalah secara bersyarat dibahagikan kepada dua bahagian:

  1. Bahagian asas. Bahagian permulaan garisan antara dua titik awalan.
  2. Bahagian dipanjangkan. Sebahagian daripada garisan dari titik kedua kepada titik pecah keluar (breakout) atau pada bar terakhir tersedia.

Setiap garisan yang dibina adalah diperiksa untuk pematuhan dengan peraturan berikut:

  1. Hendaklah ada satu pangsi pada bahagian asas untuk setiap garisan dengan saiz yang sama seperti pangsi Zig Zag dan yang mungkin bukan titik Zig Zag.
  2. Bahagian asas hendaklah tidak mempunyai garisan yang menyentuh satu pangsi dalam saiz sebenar yang sama seperti pangsi pada titik kedua pada garisan.
  3. Bahagian asas untuk garisan kecil hendaklah tidak berada dalam kawasan sentuh pada garisan lebih besar.

Selepas menapis, parameter untuk setiap garisan yang tinggal akan dikira dan persilangan garisan akan diproses. Garisan dikira bersilang jika bahagian asas untuk satu garisan memasuki bahagian asas dalam garisan lain dalam lebih daripada 30% daripada panjangnya. Jika garisan bersilang, satu garisan akan dipilih, yang akan dipaparkan pada carta. Parameter di mana garisan terbaik dipilih adalah seperti berikut:

  1. Bilangan sentuhan. Satu sentuhan adalah titik 3/3 pangsi yang menyentuh atau bersilang dengan kawasan Sentuhan garisan. Garisan dengan lebih sentuhan dikira adalah terbaik.
  2. Jumlah panjang garisan, dengan mengambil kira bahagian dipanjangkan, semakin panjang semakin bagus.
  3. Saiz sebenar pangsi pada titik kedua garisan. Garisan kecil adalah berdasarkan kepada pangsi 5/5, tetapi titik-titik tersebut juga boleh menjadi pangsi lebih besar. Semakin tinggi saiz sebenar pangsi pada titik kedua garisan, semakin bagus garisan ini.
  4. Sudut kecerunan. Ini dibandingkan pada masa terakhir. Semakin besar sudut kecerunan, semakin bagus.

Apabila semua garisan yang hendakl dipaparkan pada carta telah dijelaskan, penunjuk menentukan garisan mana yang perlu mempunyai sambungan dan yang mana tidak perlu. Ini ditentukan oleh peraturan berikut: sambungan tidak boleh melebih panjang bahagian asas dengan lebih daripada 2 kali. Jika garisan mematuhi peraturan ini, ia akan terus ke kanan tanpa had atau ke titik pecah keluar, jika tidak, carta hanya akan menunjukkan bahagian asas garisan sahaja. 

Satu pecah keluar dikira sebagai beberapa bar berturut-turut dengan harga tutup mereka di belakang garisan. Bilangan bar adalah ditentukan oleh input. Nilai lalai adalah 3.

Input

  • Bar kepada Pecah Keluar. Bilangan bar dikehendaki untuk memecah keluar garisan. Lalai adalah 3.
  • Saiz Garisan. Menentukan saiz Zig Zag yang mana membina garisan. Nilai mungkin: Kecil, Besar, Kedua-dua.
  • Tunjuk Pangsi. Menyerlahkan pangsi yang mana garisan dilukis.