Mengapakah lonjakan terjadi dalam permodalan pasaran kripto dan carta dominasi?

Pada platform, anda boleh menjumpai indeks dengan permodalan pasaran diagregatkan dan penguasaan di bawah awalan CRYPTOCAP: . Sila baca penyelesaian ini untuk mengetahui lebih banyak mengenai simbol-simbol tersebut.

Komposisi indek-indeks ini adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mata wang kripto semasa mengikut permodalan pasaran. Apabila kedudukan berubah, beberapa syiling akan ditambahkan kepada pengiraan dan ada yang akan dikeluarkan.

Pelarasan dinamik ini boleh mencetuskan tujahan pada carta untuk sebab-sebab berikut:

  • Perubahan dalam komposisi mata wang kripto teratas mengikut permodalan pasaran: sebagai contoh, apabila satu syiling masuk atau keluar dari kedudukan 125 teratas, ia akan ditambahkan atau dikeluarkan dari pengiraan TOTAL dan simbol berkaitan. Ini menyebabkan perubahan dalam keseluruhan permodalan pasaran yang memberikan impak terus kepada permodalan pasaran diagregatkan.
  • Perubahan dalam kategori kripto (hanya relevan kepada TOTALDEFI dan TOTALDEFI.D dan simbol lain yang dikira berdasarkan pada kategori tertentu): jika satu mata wang kripto ditambahkan atau tidak lagi sesuai dengan satu kategori, ia juga mempengaruhi pengiraan dan akan ditunjukkan pada carta.

Jika satu syiling dengan permodalan pasaran yang ketara ditambahkan atau dibuang dari komposisi satu simbol, ia boleh menyebabkan terjadinya lonjakan yang ketara. Lonjakan besar boleh diperhalusi secara manual pada peringkat seterusnya.

Apabila menganalisa data, faktor-faktor ini hendaklah diambil kira untuk menterjemahkan apa-apa lonjakan atau perubahan yang dilihat dalam graf dengan tepat.