Penyaring Bon TradingView: permudahkan penyelidikan pendapatan tetap anda
Penyaring Bon boleh membantu anda membandingkan dan menganalisa bon kerajaan dan korporat berdasarkan kepada kriteria unik anda. Bon selalunya lebih mudah diramal dan lebih stabil daripada saham dan instrumen kewangan lain. Akan tetapi, tahap risiko bergantung kepada pelbagai faktor: ciri pengeluaran bon, keadaan makroekonomi luaran dan kesihatan kewangan pengeluar bon dan faktor-faktor lain. Dengan Penyaring Bon, anda boleh memilih instrumen yang sepadan dengan keutamaan risiko dan sasaran pelaburan anda.
KANDUNGAN:
Apakah Penyaring Bon
Penyaring Bon adalah alat analisis kewangan yang membolehkan anda menapis bon-bon berbeza dengan pelbagai metrik seperti tarikh kematangan, pengeluar, kupon dan lain-lain.
Memasukkan bon dalam portfolio boleh membantu mengurangkan ketidakstabilan dan menjadikan pengurusan portfolio lebih mudah diramalkan menerusi kepelbagaian merentasi kelas aset. Perlu diingatkan bahawa bon bukanlah tiada risiko: ketahanan mereka bergantung kepada pengeluar dan syarat keluaran. Malah bon berdaulat dengan penarafan kredit tinggi (dibandingkan dengan bon dengan penarafan kredit lebih rendah) adalah masih terdedah kepada keadaan makroekonomi dan perubahan kadar faedah.
Bagaimana mengakses Penyaring Bon
Dari halaman utama, klik menu lungsur turun "Produk", gerakkan kursor di atas Penyaring dan klik "Bon."

Cara lain adalah dari Carta Super. Pada bar alat kanan, klik "Produk" → "Penyaring." Pada bahagian atas, klik "Penyaring Saham" → "Penyaring Bon."

Tanpa mengira dari halaman mana anda masuki, ini adalah penyaring yang sama dengan kefungsian yang sama — jadi pilih cara yang anda sukai.
Bagaimana menggunakan Penyaring Bon
Apabila anda mula-mula mengaksesnya, anda boleh melihat data pasaran bon AS disusun mengikut tarikh kematangan.
Satu daripada ciri utama Penyaring Bon adalah keupayaan untuk mencipta berbilang skrin dan menyimpan mereka untuk analisis seterusnya. Anda juga boleh mengunakan set penapis yang telah di pra konfigurasikan yang kami telah pilih untuk membantu anda menjumpai dana yang mungkin menarik minat anda. Pada bucu kiri atas, klik "Perbendaharaan AS" → "Buka skrin…".

Dalam menu lungsur turun yang sama, anda boleh mengakses penyaring yang baru digunakan, mengeksport keputusan sebagai fail CSV, mencipta skrin baharu dan melakukan pelarasan lain.

Anda boleh mencipta skrin diperibadikan anda. Hanya pilih penapis disukai, klik butang biru "Simpan" dan namakan skrin anda.

Pada bahagian kanan, anda boleh menemukan tetapan Penyaring di mana anda boleh memilih apa yang anda mahu paparkan — logo simbol, penjelasan, jenis, mata wang — dan frekuensi disegarkan.

Di sebelah butang "Sembunyi penapis" — apabila anda mengkonfigurasikan penyaring anda, sembunyikan panel atas untuk melihat dan menganalisa lebih banyak bon.
Penapis
Penyaring Bon menawarkan pelbagai kumpulan penapis:
- Maklumat sekuriti: Maklumat umum mengenai sekuriti seperti harga, jenis hutang dan mata wang dikeluarkan
- Penarafan: Apakah yang penganalisa S&P fikirkan mengenai kebolehpercayaan pengeluar
- Pengeluar: Pilih untuk menapis sekuriti mengikut jenis, keluarga kredit, industri, pengeluar atau sektor
- Jumlah: Gunakan penapis sebagai nilai muka, denominasi atau jumlah tertunggak
- Kupon: Dari sini, tapis bon mengikut pelbagai metrik kupon
- Ciri bon: Perlindungan inflasi, pematuhan Syariah atau tanggungjawab sosial — semuanya boleh ditemui di sini

Dalam dialog pengeditan penapis, pilih syarat penapisan.
Untuk menambahkan keadaan penapisan baharu, klik butang "+" atau tekan Shift + F.
Set lajur
Di bawah penapis, anda boleh mencari set lajur, setiap satu mengandungi maklumat untuk jenis tertentu untuk analisis. Anda juga boleh menambah set lajur baharu menggunakan butang "+" di sebelah kanan.
Konfigurasi lalai untuk lajur:
- Gambaran keseluruhan: Metrik bon utama — negara/rantau, jenis bon, harga, tarikh matang dan banyak lagi
- Maklumat sekuriti: Cari sama ada bon adalah semasa, termanya, tarikh dikeluarkan, jenis penempatan, bentuk pegangan dan butiran lain
- Jumlah: Jumlah dikeluarkan dalam mata wang asli, jumlah tertunggak dan nisbah, nilai muka dan lain-lain
- Ciri bon: Lihat sama ada bon adalah mempunyai dana terikat (sinkable), boleh ditukarkan, bercagar, boleh ditebus dan mempunyai ciri-ciri yang sama
- Kupon: Frekuensi, jenis, perubahan dan peratusan
- Pengeluar: Nama penuh pengeluar, sektor dan industri ia beroperasi dan penarafan S&P nya
- Penarafan: Kedua-dua penarafan jangka panjang dan jangka pendek termasuk gambaran keseluruhannya
Oh, dan satu lagi alat bon…
keluk Hasil TradingView adalah satu lagi alat direka khusus untuk sekuriti kerajaan. Dengannya, anda boleh membandingkan bon berdaulat mengikut kematangan dan mengenal pasti bidang kuasa yang paling sesuai untuk pelaburan.
Juga baca: