Bermusim
Bermusim adalah carta perubahan harga yang dipantau sepanjang satu tempoh masa yang sama (musim) dalam tahun berbeza. Mereka dibina untuk setiap tahun dan dibandingkan dengan carta-carta yang sama untuk tahun-tahun lain dalam ruang koordinat yang sama. Alat ini membenarkan anda untuk memvisualkan trend harga bermusim dan menilai keteraturan dinamik tertentu, mengenalpasti corak yang dijangkakan akan terjadi pada satu masa tertentu dalam setahun.
Carta bermusim TradingView adalah secara tahunan, yang bermaksud satu carta menunjukkan dinamik harga satu instrumen untuk keseluruhan tahun. Setiap tahun dalam julat diberikan adalah sepadan dengan garisnya pada carta.
Anda boleh melihat carta bermusim untuk tiga tahun kebelakang pada tab “Gambaran Keseluruhan” di halaman simbol dan bahagian maklumat simbol di senarai amatan yang anda boleh temukan dalam panel sebelah kanan.

Carta-carta ini adalah untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diubah. Untuk membuka halaman kendiri "Bermusim" dengan keupayaan untuk mensesuaikan carta, klik butang “Lebih bermusim” pada widget atau pergi ke tab "Bermusim” pada halaman simbol.

Halaman "Bermusim" memberikan akses kepada sejarah data penuh instrumen. Anda boleh memilih tempoh masa diingini dalam sejarah yang ada untuk analisis.
Untuk menetapkan permulaan dan pengakhiran tahun yang mana carta harga akan diplotkan, tarik peluncur kepada titik terpaling jauh di atas carta. Anda juga boleh menggerakan peluncur ke depan atau ke belakang sepanjang paksi masa dengan mengklik pada bahagian tengah peluncur dan menariknya. Dalam kes ini, bilangan tahun yang dirangkumi akan kekal tidak berubah dan julat akan digerakkan kepada lokasi tertentu pada skala masa.

Klik butang "Peratusan" untuk menukar mod paksi harga. Apabila butang aktif, perubahan harga dipaparkan dalam peratusan dari permulaan tahun. Apabila butang tidak aktif, mod Peratusan tidak diaktifkan dan perubahan harga akan dipaparkan dalam nilai mutlak.

Klik butang "Garis purata" pada bucu atas kanan carta untuk memaparkan lengkung purata sempang berdasarkan data untuk tahun-tahun yang dipilih.
Ciri ini membantu menilai secara visual keseluruhan trend dan dinamik naik turun bermusim, menjadikannya mudah untuk menganalisa data dan melakukan keputusan.

Sebaik sahaja anda menyelesaikan analisis anda, anda boleh menyimpan imej carta yang terhasil atau berkongsi syot kilatnya. Untuk melakukan ini, klik pada ikon kamera dan pilih pilihan yang diingini.

Juga, ada keupayaan untuk memaparkan bermusim sebagai jadual. Dalam jadual, setiap baris mewakili tahun kalendar, manakala setiap sel menunjukkan perubahan harga untuk bulan yang diberikan. Warna sel menjadikannya mudah untuk menemui trend dengan sekali imbas: warna hijau menunjukkan perubahan positif, manakala warna merah adalah sebaliknya. Pada bahagian bawah carta, anda juga boleh menemui baris kesimpulan yang memaparkan taburan bulan positif dan negatif untuk setiap tahun.

Jadual ini boleh disesuaikan, sama seperti carta. Anda boleh memilih tempoh (mengikut tahun), menukar antara peratusan atau nilai mutlak, dan juga menambahkan nilai purata — semua ini ada dalam baris berasingan pada bahagian bawah jadual.

Juga baca: