Carta garis: apa yang anda perlu tahu dan bagaimana menggunakannya


Carta garis adalah satu daripada jenis carta paling banyak digunakan bersama-sama dengan carta bar dan candlestick. Ia digunakan meluas dalam industri kerana ia ringkas, mudah difahami dan memberikan pemvisualan harga yang jelas. Ia memaparkan harga aset dari masa ke semasa dengan satu garis menghubungkan titik-titik data.

Mengaktifkan jenis carta

Apabila anda berada dalam Carta Super, buka menu jenis carta pada  bar alat atas dan pilih Garis.

Tetapan

Untuk menggunakan sepenuhnya carta garis, anda boleh mensesuaikannya bergantung kepada kegemaran dan keperluan anda.

Untuk melakukannya, pilih Tetapan pada bar alat atas dan pergi ke tab Simbol.

Bahagian pertama, Garis, menyenaraikan tetapan khas kepada jenis carta: 

  1. Sumber harga. Pilih harga yang anda mahu carta tunjukkan. Secara lalai, ia ditetapkan kepada harga tutup bermaksud carta akan diplotkan dengan menhubungkan harga tutup aset dalam satu jujukan. Mengikut gaya dagangan anda, pilih harga yang diingini:
    1. Buka. Carta akan menunjukkan harga buka.
    2. Tinggi. Menunjukkan hanya harga tertinggi.
    3. Rendah. Menunjukkan hanya harga terendah.
    4. Tutup. Menunjukkan hanya harga tutup.
    5. (H + L)/2. Menunjukkan purata harga tertinggi dan terendah.
    6. (H + L + C)/3. Menunjukkan purata harga tertinggi, terendah dan penutup.
    7. (O + H + L + C)/4. Menunjukkan purata harga buka, tertinggi, terendah dan penutup.
    8. Garis. Dengan tetapan ini diaktifkan, warna garis, ketebalan dan kelegapannya boleh diubah bergantung kepada kegemaran anda. Di sini, anda juga boleh memilih antara kecerunan warna dan garis padu.